Sabtu, 2 November 2013

#PRKSgLimau: PERANG SARAF PEMBANGKANG, PENGUNDI PERLU BERHATI-HATI @AzwanBro

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin Abu Bakar berharap para pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau tidak terpengaruh dengan perang saraf pihak pembangkang di saat akhir kempen pilihan raya kecil (PRK) DUN itu yang akan berakhir 12 tengah malam esok.

Beliau berkata seperti kebiasaan dalam tempoh-tempoh akhir sebegini, pelbagai taktik dan hasutan akan digunakan pihak pembangkang, termasuk isu pengundi hantu yang tidak akan dapat dibuktikan mereka sehingga hari ini.

“Kalau kita tengok pada pilihan raya umum pun, macam-macam tuduhan yang dibuat oleh pembangkang yang tidak dapat dibuktikan. Mereka kata 40,000 pengundi asing dibawa masuk dari Sabah dan Sarawak dan tempat-tempat lain, tetapi sampai hari ini tak ada seorang pun pengundi asing dapat dibuktikan mereka di mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian peralatan barangan sukan di Sekolah Kebangsaan Dulang, dekat sini, hari ini.

Mengulas tindakan PAS menampilkan Ustaz Azhar Idrus dalam program ceramah mereka esok, Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan, berkata pengundi perlu menilai apa yang disampaikan oleh penceramah bebas itu sebelum menerimanya bulat-bulat.

“Ceramah beliau ada selit dengan mesej politik, bila dah selitkan dengan mesej politik, dia sudah pasti berat sebelah. Dia bukan bagi ceramah agama tumpu kepada agama tetapi dia bagi ceramah politik yang berat sebelah,” katanya.

Mengulas mengenai kempen jentera BN sehingga kini, Khairy berkata kempen berjalan lancar dan aman tanpa sebarang gangguan dengan momentum jentera sejak kebelakangan ini turut meningkat dengan sokongan menggalakkan masyarakat setempat.

“Saya dapati sambutan setakat hari ini untuk program-program kita buat untuk orang muda begitu menggalakkan. Walaupun kita tak tahu siapa atau macam mana mereka akan mengundi pada hari Isnin ini, tetapi daripada sambutan dan kemesraan itu…memang menggalakkan,” katanya.

Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun turut sama dalam sidang media tersebut. Azwan yang berada di DUN Sungai Limau sejak dari 28hb Oktober lalu sehingga kini, dilihat sentiasa turun padang menjelajah setiap PDM dan mengadakan pelbagai program mendekati pengundi khususnya pengundi muda.

Credit: Umno Online




Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..