Melalui maklumat rakan-rakan blogger yang berkesempatan mengikuti setiap program yang dianjurkan oleh Azwan sepanjang beliau berkampung di sana, semuanya mendapat sambutan hangat.
Pilihanraya Kecil DUN Sg Limau adalah merupakan medan ujian buat beliau yang baru terpilih sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada 23hb Oktober lalu.
YPS tidak hairan jika beliau mampu melakukannya, kerana beliau mempunyai pengalaman mengepalai Jentera Pemuda BN Negeri Perak pada Pilihanraya Umum ke 13 Mei lalu.
Seperti yang kita sedia maklum, Pakatan Rakyat memerintah Perak selama 11 bulan apabila mereka memperolehi 31 Dewan Undangan Negeri Perak daripada 58 keseluruhannya.
Sehinggalah 3 orang wakil rakyat Pakatan Rakyat menyatakan mereka menyokong BN dan membolehkan BN kembali memegang tampuk pemerintahan Negeri Perak.
Dan pada PRU ke 13 yang lalu, BN berjaya menang 31 buah kerusi DUN berbanding 28 Pakatan Rakyat. Kemenangan tersebut adalah usaha keras Perhubungan UMNO Negeri Perak yang dipimpin oleh YAB Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Tidak dapat dinafikan juga, kemenangan itu juga adalah hasil usaha Khairul Azwan Harun yang telah mengembalikan sokongan pengundi-penguni muda kepada Barisan Nasional.
Hari ini, Azwan sekali lagi membuktikan kewibawaan beliau membantu Barisan Nasional menghadapi Pilihanraya Kecil di sebuah kubu terkuat PAS di Kedah Darul Aman.
Beliau yang dilihat sentiasa turun padang menyantuni pengundi-pengundi di setiap PDM tanpa kenal penat lelah. Dan hasilnya, Barisan Nasional berjaya memenangi beberapa Pusat Pengundian yang dimenangi PAS pada PRU Mei lalu.
Biarpun PAS memenangi PRK DUN Sungai Limau dengan kelebihan undi sebanyak 1084, tetapi majoriti undi diperolehi PAS makin mengecil berbanding 2,774 pada PRU 13 lalu.
Ini adalah pengalaman pertama AzwanBro memimpin Jentera Pemuda Barisan Nasional Malaysia. Semua ini permulaan bagi beliau mempersiapkan peradaban baru Pemuda BN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.