Rabu, 20 November 2013

UMNO YANG SALAH, KARPAL TIDAK PERLU MINTA MAAF - PENGERUSI DAP JOHOR

Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau mempertahankan tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh untuk tidak membuat permohonan maaf secara terbuka kepada PAS.Katanya kenyataan pemimpin tersebut mengenai parti politik tidak harus berasaskan kaum dan agama sebenarnya tidak ditujukan kepada PAS.Bagamanapun, beliau berkata semua rakyat di negara ini termasuk ahli PAS sepatutnya menghormati Karpal yang memperjuangkan kesamaan hak tanpa membezakan agama dan kaum."Saya percaya dia (Karpal) meluahkan kebimbangan beliau memandangkan situasi parti politik dibezakan mengikut perkauman dan agama. Sekiranya ia berterusan maka terdapat jurang besar yang berlaku kepada rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai pegangan agama dan etnik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Menurut Dr Boo, PAS melakukan usaha terpuji dalam mendekati masyarakat agama lain dengan menubuhkan satu sayap parti bagi kelab bukan Islam."Bagaimanapun, usaha mendekatkan jurang tersebut masih lagi jauh sekiranya parti-parti politik, badan-badan profesional dan organisasi perniagaan tetap berdasarkan bangsa dan garis-garis agama," katanya.Pada masa yang sama beliau turut menyatakan kekesalan apabila wujudnya cubaan tertentu daripada pihak dalam PAS sendiri yang bertindak merumitkan keadaan mengenai isu tersebut."Adalah dikesali melihat ada pihak-pihak tertentu dalam PAS yang tunduk dengan kata-kata retorik nasionalis UMNO daripada cuba mengemukakan penyelesaian merapatkan perpaduan," katanya.Sebelum ini Karpal dikecam banyak pihak gara-gara kenyataannya yang mahu pendaftaran parti politik berasaskan agama dan kaum dibatalkan.Ekoran itu, Dewan Pemuda PAS menuntut Karpal memohon maaf kepada parti Islam itu dengan memberi tempoh lima hari kepada rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR) itu.Pemuda PAS juga turut mengedarkan transkrip penuh kenyataan media yang dibuat Karpal di Pulau Pinang pada 5 November 2013.Karpal dalam kenyataannya pula menafikan ucapan beliau berniat supaya PAS membatalkan pendaftaran parti itu sambil berkata ia ditujukan kepada Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang mengugut Majlis Peguam berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan Katolik, Herald. 
YPS ~ UMNO pulak yang salah??? Ini satu lagi cubaan melagakan PAS dan UMNO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..