Rabu, 19 Mac 2014

@Azwanbro Berkunjung Ke Riverbank Academy, Pusat Pendidikan Kemahiran #DUNKajang @m_kayveas #SkillWorksForYouth


Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun hari ini berkunjung ke Riverbank Academy Kajang bagi menghadiri Program 'Skill Works For Youth' yang dianjurkan oleh Parti Progresif Rakyat (PPP).

Program ini yang dirasmikan oleh Presiden PPP Datuk Seri M Kayveas turut mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk Riverbank Academy sendiri.

YPS rasa penduduk Kajang sedia maklum dengan penubuhan Riverbank Academy yang telah bertahun beroperasi di Kajang dan telah berjaya melahirkan ribuan tenaga mahir yang diperlukan oleh pelbagai industri negara kita.

Untuk makluman semua, Riverbank Academy adalah Pusat Kemahiran Pembelajaran dan Pembangunan Pengetahuan yang ditubuhkan oleh kerajaan yang terletak di tengah-tengah bandar Kajang, Selangor.

Misi penubuhan akademi ini bersesuaian dengan visi Kerajaan Malaysia mahu untuk mewujudkan tenaga mahir, berpendidikan dan produktif yang diperlukan untuk menjana pertumbuhan negara ke arah perindustrian.
Akademi ini menyediakan program kompetensi kepada mereka yang tidak memiliki kelayakan akademik yang diperlukan untuk diterima masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam yang lain.

Pelbagai program ditawarkan antaranya, latihan dan perundingan dalam bidang pengurusan, sumber manusia, perundingan strategik, pengurusan konflik, komunikasi & orang kemahiran, kepimpinan & pembinaan kumpulan, keperluan latihan, perkhidmatan pelanggan, kemahiran siasat sosial dan lain-lain program latihan khusus.
Datuk Seri M Kayveas dan Azwan mengikuti sesi pembelajaran pusat tersebut. 
Dengan komitmen Pengurusan Kualiti Menyeluruh, disokong oleh pasukan pensyarah profesional yang berdedikasi dan bekerja dalam suasana harmoni dengan matlamat organisasi, institusi ini mempunyai keupayaan untuk menjadi pusat pendidikan nombor satu tanahair.

Riverbank Academy akan meneruskan peranannya dalam menyumbang kepada pertumbuhan di Malaysia dan sebagai penyedia utama keperluan tenaga kerja profesional industri di rantau ini.

Apa yang lebih penting, Riverbank Academy terbuka untuk semua kaum di Malaysia.

Bagi penduduk Kajang khususnya golongan muda, anda patut rasa bertuah kerana Kajang memiliki pusat pendidikan kemahiran yang telah ditubuhkan oleh kerajaan.

YPS rasa, pengundi-pengundi DUN Kajang sendiri lebih maklum pembangunan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat di kawasan mereka sejak 2008 yang lalu.

Apa yang dijanjikan oleh Parti Keadilan Rakyat dalam manifesto terbaru mereka, sebenarnya telah dilaksanakan oleh kerajaan.

Dan banyak lagi kemajuan yang akan dibawa masuk ke DUN Kajang sekiranya pengundi memilih calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun pada 23hb Mac akan datang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..