Jumaat, 21 Mac 2014

#PRKKajang: #PemudaBN Giat Dekati Pengundi Menjelang Tarikh Mengundi @NajibRazak @azwanbro @chewmeifun #TolakWAWI

21 Mac - [Kemaskini] Berbaki kurang dari 3 hari tempoh berkempen bagi Pilihanraya Kecil N25 DUN Kajang yang dijadualkan Ahad ini, Pemuda Barisan Nasional (BN) giat meneruskan kempen dengan mengadakan pelbagai program mendekati pengundi khususnya golongan muda di Kajang.

Petang semalam, Pemuda BN mengadakan program Sembang Santai bersama Pemuda BN selepas Majlis Perasmian Program Latihan Microsourcing di Taman Kota Cheras 2.

Dalam pertemuan tersebut, Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun mengulas tuduhan terbaru calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkaitan pertambahan mendadak pengundi baru dalam senarai pengundian awal yang diadakan kelmarin.

Azwan menyifatkan kenyataan Wan Azizah itu sebagai pembohongan yg dirancang rapi bagi menarik sokongan pengundi setelah kempen-kempen yang mereka adakan sebelum ini ditolak oleh rakyat.

Ianya jelas membuktikan Pakatan Rakyat (PR) semakin ketandusan isu, selain kegagalan mereka membuktikan tuduhan seperti itu pada PRU ke 13 yang lalu.

“Saya beranggapan Wan Azizah dan PR memang tiada isu sehingga sanggup menuduh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) melakukan pertambahan pengundi.

“Bila mereka mahu jawab pasal tuduhan 40 ribu pengundi Bangla (Bangladesh) yang ditimbulkan semasa pilihanraya lepas?

Pada PRU ke 13 Mei lalu, Anwar mendakwa BN mengimport dan mendaftarkan sejumlah 40 ribu warga Bangladesh sebagai pengundi. November tahun lalu, Anwar tiba-tiba menafikan pernah mengeluarkan dakwaan berkaitan pengundi warga Bangladesh tersebut.


“Itu belum lagi isu blackout dan dakwat kekal yang sengaja diada-adakan untuk mempengaruhi rakyat kononnya kerajaan melakukan penipuan dalam pilihanraya,” katanya.

Azwan turut menyeru pengundi Kajang agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang tohmahan dilemparkan kepimpinan PR, sebaliknya turut mendapatkan penjelasan dari kepimpinan BN sebelum membuat kesimpulan.

"Saya berharap agar pengundi DUN Kajang ini jangan mudah sangat terpedaya dengan temberang sebegini. Dunia sudah moden, maklumat di dunia siber pun banyak untuk rakyat sendiri menilai,” tambah Azwan lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..