Jumaat, 7 Mac 2014

TERKINI!!! Anwar Dijatuhi Hukuman Penjara 5 Tahun, Tidak Layak Tandingi #PRKKajang

Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun ke atas Datuk seri Anwar Ibrahim atas tuduhan meliwat saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Berikutan itu, Anwar tidak layak dicalonkan sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang yang akan diadakan minggu hadapan. Sebelum ini, Kerusi DUN Kajang kosong ekoran peletakan jawatan bekas wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu. Perletakan ini bagi membolehkan Anwar bertanding dan menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim.

Ini kerana Fasal (1)(e) Bab LXIV, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan bahawa seseorang itu hilang kelayakan untuk dipilih sebagai ADUN, sekiranya dia telah disabitkan dengan suatu kesalahan jenayah dan dihukum penjara tidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari RM2,000.

Sungguh pun, Fasal (3) Bab LXIV, memberi pengecualian kepada mana-mana orang yang sedang menjadi ADUN. Menurut Fasal (3), sekiranya mana-mana ADUN disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman yang menghilangkan kelayakannya dan dia mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari terhadap sabitan dan hukuman itu, maka kehilangan kelayakan itu tidak mula berkuatkuasa sehinggalah rayuan itu dibereskan.

Namun ia tidak terpakai kepada mereka yang belum menjadi wakil rakyat.  Fasal (4) Bab LXIV Undang-undang Tubuh Negeri memperuntukkan bahawa:

“Fasal (3) tidaklah terpakai bagi maksud pencalonan atau pemilihan mana-mana orang ke DUN dan bagi maksud itu, kehilangan kelayakan hendaklah mula berkuatkuasa daripada tarikh sabitan dan hukuman”

Berikutkan hukuman Mahkamah Rayuan hari ini maka Anwar Ibrahim hilang kelayakan untuk mengemukakan kertas pencalonannya semasa proses penamaan calon, berdasarkan peruntukkan Peraturan-peraturan Pilihanraya (Perjalanan Pilihanraya) 1981.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..