Sabtu, 15 Mac 2014

Walkabout Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia di Pasir Salak @azwanbro @YBUDR #YTPS #pemudaUMNO



Dalam kesibukan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Saudara Khairul Azwan Harun mengetuai Jentera Pilihanraya Pemuda Barisan Nasional di Pilihanraya Kecil DUN Kajang, beliau sempat meluangkan masa menghadiri beberapa program di Parlimen Pasir Salak.

Jam 9.00 pagi, Azwan hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Pemuda Gemilang Pasir Salak Berhad di Dewan Serbaguna Pulau Juar, Kampung Gajah.

Koperasi Pemuda Gemilang Pasir Salak Berhad ditubuhkan 8 tahun lalu oleh ADUN Kawasan Sungai Manik, YB Dato' Haji Zainol Fadzi Paharuddin dan Azwan ketika mereka memimpin Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak.

Azwan dalam ucapannya berharap agar koperasi ini dapat berdiri teguh dan menjadi contoh kepada mana-mana koperasi pemuda bahagian yang lain.

Mesyuarat agung kali ini, Saudara Zulkipli Zakaria selalu Pengerusi Koperasi Pemuda Gemilang Pasir Salak Bhd mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 3% kepada ahli.
Selesai merasmikan mesyuarat agung operasi, Azwan bergegas menziarahi jenazah ayahanda kepada Saudara Manaf, mantan Ketua Pemuda Cawangan Parit 4D Sungai Manik.
Beliau turut menziarahi jenazah Allahyarham Pak Ali, mantan Pengerusi JKKK Kg Sungai Tukang Sidin yang juga meninggal pada hari yang sama. Semoga Allah menempatkan roh mereka dikalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

Jam 12.30 pm, Azwan tiba di Balun Bidai bagi menyampaikan Bantuan Bina Baru Jeti Nelayan Darat dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Memancing Sungai Tumboh anjuran Yayasan Transformasi Pasir Salak.


Kerajaan Negeri Perak telah memperuntukkan sejumlah RM30 ribu kepada Persatuan Nelayan Ikan Air Tawar (PENIAT) Sungai Galah bagi pembinaan jeti baru tersebut.
Jam 3.00 petang, Azwan yang juga Timbalan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) menyempurnakan Penyampaian Bantuan Kotak Makanan YBU kepada 50 penerima yang layak di Zon Anak Sungai, Kampung Gajah.

Azwan dalam ucapannya berkata, kerajaan Barisan Nasional melalui pelbagai agensi telah menyalurkan berbagai bantuan bagi meringankan beban rakyat.

"Di Perak, kerajaan negeri telah menubuhkan YBUDR sebagai sebuah wadah bagi proses pengupayaan semula masyarakat khususnya golongan keterbawahan.

"Bantuan kotak makanan ini merupakan sebahagian daripada program bantuan yang disediakan oleh YBU selain bantuan membina dan baikpulih rumah serta pinjaman mikro kredit bagi mereka yang benar-benar layak," katanya.

Sebelah malam, Azwan menghadiri Majlis Santai Malam bersama Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia anjuran Yayasan Transformasi Pasir Salak di Restoran Tomyam Kita, Langkap.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi YTPS Saudara Ramelle Ashram Tan Sri Ramli.

Selesai majlis tersebut Azwan bergegas ke Kajang bagi menghadiri Mesyuarat Khas Jentera PRK DUN Kajang Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..