#prkKajang: Video Kempen Pakatan Rakyat Persenda Kehilangan #MH370, Mentaliti Murahan Pembangkang @chewmeifun @azwanbro @drwanazizah #BN4Kajang
Sedang rakyat Malaysia bersedih dengan nasib penumpang serta krew pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, Pakatan Rakyat menggunakan insiden tersebut sebagai modal kempen mereka di PRK DUN Kajang.
Tanpa memikirkan perasaan keluarga penumpang MH370, mereka berterusan mempersendakan usaha kerajaan serta negara-negara yang terlibat dalam operasi SAR (Mencari dan Menyelamat) yang masuk hari ke 11.
Dalam masa yang sama, mereka memfitnah kerajaan sengaja merancang melenyapkan pesawat serta penumpang MH370 bagi menutup keputusan Mahkamah Rayuan terhadap kes Liwat 2 Anwar Ibrahim.
Berikut, YPS paparkan 3 video pimpinan pembangkang berceramah sekitar DUN Kajang dengan mengambil kesempatan atas insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang 9 hari yang lalu.
Tidak ketinggalan, Calon PKR, Dr Wan Azizah yang juga isteri kepada Anwar Ibrahim turut mengaitkan ritual yang dilakukan Raja Bomoh dengan kerajaan.
Dia lupa atau mungkin tidak tahu bahawa Pakatan Rakyat pernah menggunakan khidmat Ibrahim Mat Zin ketika Pilihanraya Umum yang lalu. Rujuk di SINI.
Di bawah ini YPS paparkan video pengakuan Raja Bomoh bahawa beliau sendiri pernah membantu Anwar Ibrahim ketika Anwar menjawat jawatan Menteri Pertanian.
Dalam video di atas, Ibrahim mendakwa, Anwar adalah jenis ‘kacang yang lupakan kulit’ kerana melupakan budi yang pernah diberikannya sebelum ini.
“Saya tidak pernah kenal dia, tapi dia pernah makan budi saya. Masa dia jadi Menteri Pertanian dia datang ke Sungai Manik, Perak. Masa itu dia datang saya sponsor (taja) dia makan. Tapi manusia lupa kulit, tak tahu nak cakap la (jenis) lupa orang. Kita tak lupa dia (tapi) dia lupa kita” katanya lagi.
Pengundi-pengundi DUN Kajang yang hadir mendengar ceramah Pakatan Rakyat sepanjang tempoh berkempen, cuba bangun dan pinta mereka menceritakan pelan pembangunan yang ingin mereka akan laksanakan di Kajang.
YPS yakin mereka tidak punyai pelan pembangunan tersebut. Sebabnya, MANIFESTO PKR CUMA RETORIK. Manifesto bukan janji yang perlu mereka laksanakan seandainya mereka dipilih.
YPS ~ Mentaliti murahan pemimpin Pakatan Rakyat, rakyat yang kecewa boleh la korang tipu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.