Sabtu, 18 Oktober 2014

300 Warga Emas Masyarakai India Terima Sumbangan Pusat Khidmat ADUN Sg Manik & PPP Sempena Deepavali @ZainolFadzi @HarridzMohan @MustafarRahadi


Seramai 300 orang warga emas penganut agama Hindu menerima sumbangan hamper yang mengandungi barangan keperluan dalam satu Majlis Sambutan Deepavali dan Sumbangan Hamper yang telah dianjurkan oleh Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sungai Manik dengan kerjasama PPP (People's Progresive Party) Bahagian Pasir Salak.

Majlis yang telah berlangsung di Dewan MPTI Langkap bermula jam 8 malam tadi merupakan program tahunan Pusat Khidmat ADUN Sg Manik yang telah diadakan sejak 7 tahun lalu.

ADUN Sungai Manik merangkap Exco Kerajaan Negeri Perak YB Dato' Zainol Fadzi Paharuddin
hadir bagi merasmi dan menyampaikan sumbangan tersebut.

300 penerima sumbangan tersebut terdiri dari warga emas dan penduduk kurang berkemampuan yang menetap di kawasan Parlimen Pasir Salak.
Mustafar Rahadi, Ketua Pemuda PPP Perak dan Harridz Mohan Abdullah, Ketua Pemuda PPP Kebangsaan turut hadir.

Program tahunan anjuran Pusat Khidmat DUN Sungai Manik ini membuktikan bahawa kepimpinan BN (Barisan Nasional) tidak pernah meminggirkan malah sentiasa menghargai sumbangan dan jasa masyarakat India terhadap kemajuan dan kemakmuran negara.

Dalam pembentangan Bajet 2015, 10 Oktober lalu, Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Najib telah mengumumkan peruntukan masing-masing sebanyak RM30 juta kepada usahawan wanita India di bawah program Amanah Ikhtiar Malaysia dan golongan belia India sebagai penyediaan latihan teknikal serta bantuan.

Kerajaan turut mengumumkan peruntukan RM50 juta kepada 524 buah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil bagi tujuan membangunkan dan menyelenggarakan fasiliti pendidikan dalam aspek keselamatan serta persekitaran.

Peruntukan besar itu jelas membuktikan dan menepis dakwaan segelintir pihak yang mengatakan kerajaan mengabaikan pembangunan masyarakat India.

Hadir sama, Ketua Bahagian PPP Pasir Salak K Thanasamy a/l Kanusamy, Ketua Pemuda PPP Kebangsaan Harridz Mohan Abdullah dan Ketua Pemuda PPP Perak Mustafar Rahadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..