Isnin, 13 Oktober 2014

Timb Presiden #PAFA @Azwanbro Lancar Elephant Village (#ELVILLE) Soccer Kidz' Parlimen Pasir Salak @ZainolFadzi @ZambryAbdKadir @PAFAnews #PPDPerakTengah #AkademiPAFA #KampungGajahFA

Azwan menyempurnakan Pelancaran ELVILE Soccer Kidz. Hadir sama Ketua Unit Pengurusan Kemanusiaan PPD Perak Tengah Ahmad Zakuan Mohd Razi (baju Putih bercermin mata) dan Guru Besar SK Dato' Sagor Alias Mohd Ariff (berbaju hijau)

Akademi PAFA ditubuhkan bagi melaksanakan inisiatif penambahbaikan mutu bola sepak negeri dengan mewujudkan kem bola sepak Amanjaya dan karnival bola sepak Amanjaya di setiap parlimen di negeri ini.

Timbalan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) Khairul Azwan Harun menyifatkan langkah itu merupakan sebahagian daripada program jangka masa panjang yang bakal mengilap bakat anak-anak muda serta belia dalam sukan bola sepak.

"Pembangunan sukan bola sepak bagi jangka masa panjang amat dititikberatkan, oleh itu PAFA telah merancang untuk menganjurkan Kem Bolasepak Amanjaya mengikut peringkat umur tertentu di setiap kawasan parlimen negeri Perak," katanya.


Berucap ketika melancarkan Akademi Bolasepak 'Elephant Village (ELVILLE) Soccer Kidz' Parlimen Pasir Salak di Padang SK Dato' Sagor Sabtu Lalu, Azwan berkata, penubuhan ELVILLE ini adalah bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat yang terdiri dari anak kelahiran negeri Perak.

"Program ini telah diadakan sejak dahulu lagi, cuma pada tahun ini kita luaskan sehingga ke peringkat Parlimen untuk mencungkil bakat-bakat muda terdiri dari anak kelahiran negeri Perak untuk kita ketengahkan.

Menurutnya, selama ini kita telah hilang identiti diri apabila kita mengimport pemain-pemain luar, samada pemain dari negeri lain mahupun dari negara luar. Harapan PAFA dengan adanya projek ini, kita tidak perlu lagi mengimport pemain-pemain luar mewakili negeri Perak. 

Elville FC disertai oleh murid-murid sekolah dibawah umur 12 tahun yang dipilih dan akan dilatih oleh jurulatih yang dilantik oleh pengurusan Elville FC.

"Kita akan memilih 18 orang pemain muda bawah 12 tahun ini untuk kita gilap bakat mereka. 


Azwan bergambar bersama jawatankuasa dan peserta ELVILLE FC selepas pelancaran.
"Jadi menerusi Kem Latihan Bolasepak dibawah Pembangunan Bolasepak Negeri ini, saya percaya jika mereka diberikan masa dan latihan, mereka akan memberikan impak yang besar kepada bola sepak tanah air kita," tambah beliau.

Azwan turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah yang banyak membantu PAFA menjayakan program ini.

"Saya berterima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah khususnya PPD Perak Tengah yang sudi bekerjasama dengan PAFA dalam usaha mengenalpasti murid-murid yang berbakat diperingkat sekolah," katanya lagi.

Hadir sama, Ketua Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan PPD Perak Tengah Ahmad Zakuan Mohd Razi, Jurulatih The Bos Gaurus Mohd Shukor Omar Ali dan Guru Besar SK Dato' Sagor Alias Mohd Ariff.

Terdahulu, Azwan menyempurnakan Majlis Penyerahan Set Alat Tulis Untuk Calon PT3 yang disumbangkan oleh Yayasan Transformasi Pasir Salak (YTPS) di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Seri Maharaja Lela, Kampung Gajah. Baca di SINI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..