Khamis, 23 Oktober 2014

NKPUM @azwanbro Selar Tindakan @AnwarIbrahim Tagih Simpati Luar @NajibRazak #PemudaUMNO #PKR #Liwat2


Mahkamah Persekutuan menetapkan dua hari mulai 28 Oktober ini untuk mendengar rayuan terakhir Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lepas.

Sehubungan dengan itu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang dilihat mula menjalankan kempen untuk mencari sokongan serta simpati rakyat serta pemimpin negara luar.
Rafizi dan 2 Ahli Parlimen PKR di Australia.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya semalam, Anwar mempertahankan tindakan pengikutnya meminta bantuan kerajaan Australia dalam usaha membebaskan dirinya daripada hukuman penjara.

Menafikan beliau terdesak sehingga terpaksa mendapatkan sokongan negara asing, Anwar berkata tindakan pengikutnya itu dianggap perkara biasa berikutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga pernah meminta bantuan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dalam beberapa perkara.

PKR sibuk mengadakan ceramah yang turut dihadiri oleh Anwar Ibrahim.
Tanpa menyebut bantuan yang diminta oleh Datuk Seri Najib kepada Obama, Anwar dalam mempertahankan tindakannya menyebut soal kebebasan demokrasi.

Tindakan terdesak Anwar ini memang telah dijangka oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun dalam satu sidang medianya pada 8 Oktober yang lalu pernah menyelar tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba menagih simpati pihak asing berhubung pendakwaan terhadapnya.

Menurut Azwan, tindakan terdesak Anwar ini bukan sahaja mempunyai niat buruk atas kepentingan sendiri malah bakal memberi kesan buruk kepada negara.

“Kita pandang serius tindakan Anwar ini kerana kalau kita lihat pada kes-kes beliau yang lalu.
Pelajar Malaysia mengadakan demonstrasi di London yang turut dihadiri oleh Anwar Ibrahim. Mereka berselindung disebalik isu Hapus Akta Hasutan.

“Anwar akan mencari pelbagai alasan untuk menagih simpati pihak luar dimana ia sekaligus akan mencemarkan imej negara.


“Pemuda UMNO memandang serius usaha beliau kerana ia akan memberi mudarat kepada negara,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan bungkusan daging korban di Kampung Balun Bidai pada Hari Raya Aidil Adha yang lalu.

Justeru beliau mengharapkan agar kerajaan mencari jalan untuk memperjelaskan perkara itu kepada pihak asing.

Katanya, satu tindakan segera perlu diambil bagi mengelak pihak asing salah faham akan kedudukan sebenarnya terjadi.

“Saya menyeru pihak kerajaan untuk melihat sekiranya perlu menangani dengan kadar segera dengan mengadakan pertemuan dengan pihak kedutaan asing.

“Ini kerana kita dapat lihat beberapa ahli politik daripada luar negara yang cuba terlibat dengan gerakan Anwar untuk memburukkan Malaysia melalui media-media sosial dan antarabangsa,” katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..