Jumaat, 31 Oktober 2014

Perasmian Pejabat #MBBC Msia oleh Pengerusi #MATRADE, Datuk Noraini Ahmad @Azwanbro #Malaysia #BosniaHerzegovina


Pengerusi Bersama Malaysia - Bosnia & Herzegovina Business Council (MBBC) Cawangan Malaysia, Khairul Azwan Harun pada hari semalam secara rasminya membuka Pejabat MBBC Cawangan Malaysia yang terletak di Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor.

Perasmian pejabat MBBC tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Datuk Noraini Ahmad.

Azwan dalam ucapannya berkata, beliau jutaan terima kasih atas kesudian Datuk Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong hadir merasmikan pejabat MBBC yang telah mula beroperasi sejak penghujung bulan September lalu.

"MBBC merupakan perjanjian jalinan kerjasama perdagangan diantara dua negara yang telah sekian lama mempunyai hubungan baik, bagi meneroka pelbagai potensi perdagangan rentas sempadan yang menguntungkan kedua-dua pihak.

"Selain kerjasama perdagangan, Malaysia dan Bosnia & Herzegovina turut menjalinkan kerjasama dalam bidang sosial, budaya serta pendidikan.

Tambah Azwan lagi, beliau mengharapkan agar kerjasama perdagangan yang terjalin diantara Malaysia dan Bosnia dan Herzegovina mampu mencambahkan lagi hubungan bilateral antara dua negara yang telah lama dibina.

Dalam ucapan perasmiannya, Datuk Noraini menegaskan bahawa pihak MATRADE sedia berkongsi pelbagai input  berkaitan perdagangan sebagai tanda sokongan terhadap kerjasama dua hala diantara Malaysia - Bosnia dan Herzegovina.

"MATRADE yang merupakan agensi promosi perdagangan kebangsaan Malaysia dengan misi mempromosikan eksport Malaysia telah membolehkan banyak syarikat tempatan berjaya dan kini berada dibarisan hadapan pasaran global. 

"Dengan pengalaman yang dimiliki, MATRADE sedia berkongsi segala input, agar kerjasama yang telah terjalin diantara kedua buah negara melalui MBBC ini berjaya, " katanya sebelum menandatangani plak perasmian pejabat MBBC Cawangan Malaysia.

Hadir sama, duta Bosnia & Herzegovina ke Malaysia, H.E Tarik Bukvić serta pegawai kedutaan Bosnia & Herzegovina.

Malaysia - Bosnia & Herzegovina Business Council (MBBC)

Khairul Azwan Harun dan Amer Bukvić adalah Pengerusi Bersama Majlis Perniagaan Malaysia - Bosnia & Herzegovina (MBBC).
Bagi merapatkan hubungan antara Malaysia dan Bosnia & Herzegovina, kedua-dua negara telah bersetuju menjalinkan kerjasama perdagangan dengan menubuhkan MBBC yang dipengerusikan secara bersama melibatkan wakil kedua-dua negara. 

Pada 9 September yang lalu, delegasi Bosnia & Herzegovina telah berkunjung ke Malaysia bagi menghadiri Majlis Hi-Tea dan Pelancaran Logo MBBC di Hotel Intercontinental.

Delegasi Malaysia yang diketuai oleh Menteri Besar Perak, YAB Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir dan turut disertai oleh Azwan telah mengadakan kunjungan balas ke Sarajevo bagi menandatangani beberapa memorandum persefahaman (MoU) pada 26 September. Di SINI.

Salah satu MoU yang ditandatangani adalah diantara Great Color Investment Ltd dan Energoinvest bagi meneroka potensi industri tenaga di Bosnia.

Dua lagi MoU dimeterai ialah antara Majlis Perniagaan Sarajevo, Persatuan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) membabitkan kerjasama dalam hubungan sosial dan kebudayaan.
    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..