Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenga Dan Air Dato' Zainol Fadzi Paharudin berkata, fenomena cuaca panas tidak ada kesan yang ketara kepada sumber air yang dimanfaatkan oleh pengguna-pengguna negeri Perak.
Menurut beliau, kebiasaannya Lembaga Air Perak (LAP) akan mengambil tindakan bagi kes-kes melibatkan kawasan-kawasan yang menghadapi masalah mendapatkan bekalan air.
Tindakan awal adalah dengan menghantar lori-lori tangki ke kawasan berkenaan.
“Keadaan sumber air kita amat banyak dan tidak terjejas dengan fenomena cuaca yang berlaku hari ini.
“Dalam musim panas pada bulan puasa ini, hampir jarang hujan berlaku tapi itu tidak meninggalkan kesan yang ketara kepada sumber air yang dimanfaatkan oleh pengguna-pengguna negeri Perak,” ujar Zainol Fadzi.
Beliau yang mewakili Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat LAP di Ipoh pada Isnin.
Zainol Fadzi juga memberitahu, ketika ini Perak mempunyai banyak loji rawatan air antaranya di Sungai Siput, Air Kuning, Taiping dan di Trolak Timur yang dapat membantu membekalkan air ke kawasan yang menghadapi masalah bekalan air.
Sumber: AstroAwani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.