Khamis, 31 Oktober 2013

ESMAIL KIRAM II AKAN MENERUSKAN TUNTUTAN KE ATAS SABAH.

Waris Kesultanan Sulu, Jamalul Kiram III yang mendalangi gerakan pengganas mahu menuntut hak kedaulatan ke atas Sabah meninggal dunia dalam keadaan papa, kata anak perempuannya.

Anak sulung Allahyarham, Jacel Kiram memberitahu sebuah stesen berita televisyen di Manila, bapanya tidak memiliki apa-apa semasa meninggal dunia pada 20 Oktober lepas.

"Ayah saya meninggal dunia papa. Jadi seorang sultan bukan tugas yang mudah. Saya bangga dengan keturunan saya tetapi kami menjalani kehidupan yang biasa," katanya kepada ANC Beyond Politics pada Selasa.

Menurut laporan, Jamalul, yang meninggal dunia di Pusat Jantung Filipina, bergantung hidup kepada ihsan derma rakan-rakan keluarga dan bantuan daripada Pejabat Loteri Kebajikan Filipina.

Allahyarham menghadapi masalah buah pinggang sebelum meninggal dunia.
Pengikutnya menceroboh perairan Sabah dan berkampung di Lahad Datu pada Februari lepas sebelum bertempur dengan pasukan keselamatan negara setelah enggan patuh arahan supaya menyerah diri.

"Ayah saya hilang semangat selepas diberitahu dia akan didakwa," kata Jacel.

Beliau juga menyifatkan semua konflik di wilayah selatan boleh dikesan ada kaitannya dengan tuntutan waris Kesultanan Sulu ke atas Sabah.

Jacel bagaimanapun berkata tuntutan itu tidak mendapat sokongan daripada kerajaan Filipina.

Sementara itu, Abraham Idjirani, jurucakap Kesultanan Sulu berkata, Esmail Kiram II, adik kepada Jamalul, telah diisytiharkan sebagai 'sultan' yang baru pada 21 Oktober lepas.

Jacel menjelaskan, sebelum meninggal dunia, ayahnya telah mengarahkan Esmail supaya meneruskan tuntutan ke atas Sabah.

"Ayah saya telah memaafkan Esmail kerana mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai sultan pada 2001," tambah beliau.

Jacel juga mengulangi gesaannya mahukan kerajaan Filipina menyokong tuntutan waris ke atas Sabah.

"Kerajaan sepatutnya menyokong tuntutan kami ke atas Sabah. Seperti yang dijanjikan kepada ayah, saya tidak akan mengabaikan waris kesultanan ini," kata Jacel.

Sementara itu, Idjirani berkata Esmail perlu mematuhi wasiat Jamalul untuk menuntut kembali Sabah "dengan jalan timbang tara dan penyatuan semula."

Pada 9 Februari, satu kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Pada 5 Mac pasukan keselamatan melancarkan serangan ke Kampung Tanduo. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan mengumumkan serangan itu adalah "bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara". Operasi diberi nama Ops Daulat.

Sepuluh anggota keselamatan terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Jumlah individu yang dihadapkan ke mahkamah berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu ialah 31 oran g termasuk seorang anggota polis, KPL Hassan Ali Basri.

Jumlah pengganas yang berjaya ditewaskan adalah sebanyak 63 orang.

Rabu, 30 Oktober 2013

PENGAWAL KESELAMATAN TERLEPAS TEMBAKAN.



Seorang pengawal keselamatan yang menggunakan 'pump gun' secara tidak sengaja melepaskan tembakan di sebuah bank di Datuk Keramat, Georgetown, Pulau Pinang.

Menurut Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan, lelaki tempatan berusia 53 tahun itu sedang bertugas di belakang kaunter bank dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi.

Mujur tembakan tersebut telah tersasar ke lantai dan tiada siapa yang cedera.

Pihak PDRM sedang menyiasat kes itu daripada semua aspek dan kita juga akan menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap latar belakang pengawal itu.

PDRM juga mengesahkan bahawa pengawal  tersebut telah ditangkap untuk siasatan di bawah Seksyen 39 Akta Senjata Api.

Dalam perkara yang berkaitan,Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menolak rayuan Prima Security, majikan pengawal keselamatan yang menembak mati Pegawai Ambank di USJ Sentral di Selangor 24 Oktober lepas agar lesen syarikat tersebut dibatalkan.

Difahamkan, Menteri KDN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakann KDN telah menolak rayuan mereka dan lesen syarikat berkenaan dibatalkan mulai hari ini.

Dalam kejadian itu, pegawai bank berkenaan Norazita Abu Talib ditembak ketika membuka pintu bilik kebal bank berkenaan oleh seorang pengawal keselamatan yang masih diburu itu melarikan wang tunai berjumlah RM450,000.

Siasatan awal polis mendapati suspek kes tersebut, yang dipercayai seorang warga Indonesia telah menggunakan kad pengenalan palsu untuk bekerja di syarikat tersebut.

Susulan kes tersebut, KDN telah mengumumkan bahawa lesen syarikat itu dibatalkan serta-merta kerana didapati melanggar beberapa peraturan melibatkan pengambilan pengawal keselamatan.


■■■YPS guna perkhidmatan bank online je. Takut ke bank macam ni...

#PRKSgLimau: MAHYUDDIN LULUS RM2 JUTA UNTUK 1,842 ORANG PENGUNDI CINA

Berbelas juta peruntukan segera untuk SJKC sejak beberapa PRK yang lalu untuk mereka yang menghina pemimpin Melayu.

Asal ada Pilihanraya Kecil sahaja, Mahyuddin mesti keluarkan berjuta-juta Ringgit Malaysia dari perbendaharaan negara khusus untuk kaum Cina. Tak perlu rasanya YPS menulis PRK mana, rasanya semua mengetahui perkara ini. 


Terkini, 4 buah sekolah jenis kebangsaan Cina mendapat imbuhan seperti berikut;


SJKC Aik Min – RM1 juta


SJKC Peh Wah – RM50,000

SJKC Yok Meng – RM750,000

Tabung Pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Limau – RM200,000.

Ucapan Muhyiddin:

PRK anggap ini amat bermakna bagi BN.

Kita mahu meletakkan calon kita, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim. Minta sokongan agar beliau boleh jadi wakil rakyat.

Walaupun Sungai Limau kawasan kampung tetap mahu pembangunan supaya hidup lebih senang.

Calon ini boleh memudahkan rakyat antaranya membantu sekolah Cina sebanyak 3 buah tidak ada masalah.

Baru-baru ini dalam bajet 2014, Perdana Menteri sebut mengenai tambahan peruntukan RM50 juta kepada pendidikan.

Kalau kerajaan BN tak bertanggungjawab tentulah tak bantu sekolah Cina dan tutup.

Dong Zhong hentam saya, kata saya mahu tutup sekolah Cina. Mana ada. Di Kuala Lumpur kata mahu tutup SKJC Damansara sebab kecil. Kita buat sekolah baru, sekolah lama tetap buka.

SJKC dan SJKT tetap akan buka. Kenapa Dong Zhong nak marah? Dia kata kerajaan mahu hapuskan Bahasa Cina kerana tambah sedikit masa Bahasa Melayu. Dia marah. Apa salahnya ini Malaysia, kita kena cakap semua bahasa.

Dong Zhong hentam kita, MCA, Gerakan macam kita tidak betul. Kita bantu semua tak ada masalah.

Kita kena tolong, orang Melayu pun miskin. Saya TPM mahu melihat Malaysia jadi maju. Kita kena bantu semua.[Utusan Malaysia]

Bagi YPS, lebih berkat jumlah wang yang besar itu kita habiskan untuk pembangunan Melayu Islam di DUN Sungai Limau tersebut. 


Walaupun keputusan PRK nanti tidak berpihak kepada BN, sekurang-kurangnya Allah merahmati kita kerana bermurah hati membantu sesama Muslim. Kita tunggu dan lihat keputusan pada 4hb November nanti. 


Apakah dengan peruntukan RM2 juta mampu membuka hati pengundi Cina untuk mengundi Barisan Nasional???


Statistik pengundi DUN Kawasan Sungai Limau;



Jumlah Pengundi - 27,222 orang
Melayu - 93.03 %
Cina - 6.76 %
India - 0.06 %
Lain-lain - 0.15%





Just Wait & See...


Selasa, 29 Oktober 2013

TUNTUTAN #COMANGO: AGENDA TERANCANG GUGAT KEDUDUKAN ISLAM @AzwanBro

Pemuda UMNO menyifatkan tindakan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) mengemukakan tuntutan yang menyentuh sensitiviti umat Islam kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai mencabar Perlembagaan.
Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, tindakan Comango itu yang secara terang-terangan mempertikai undang-undang negara dilihat tidak menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
Menurut beliau, tindakan tersebut jelas menunjukkan Comango tidak menghormati prinsip kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan yang merupakan tunjang Rukun Negara.
“Tindakan ini dilihat sebagai sebahagian agenda terancang bertujuan melemahkan atau mencabar kedudukan agama Islam di Malaysia yang dijamin dan termaktub dalam Perlembagaan bertopengkan hak asasi manusia dan mempromosi anti diskriminasi.
“Melihat kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendukung Comango ini, kami musykil dengan kenyataan kononnya tujuan mereka ikhlas, sebaliknya berkemungkinan mempunyai agenda politik tidak sihat,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online di sini.
Sebelum ini, beberapa negara memberi tekanan kepada Malaysia supaya menandatangani Perjanjian Antarabangsa Tentang Hak-Hak Awam dan Politik (ICCPR) berkaitan hak kebebasan beragama yang perlu dibaca dengan Artikel 18 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UHDR) iaitu mentakrifkan seseorang individu bebas meninggalkan agamanya.
Meneliti lagi isi kandungan laporan COMANGO ini jelas beliau lagi, Pemuda UMNO semakin yakin bahawa memang ada agenda politik di sebalik tuntutan COMANGO.
Justeru tegasnya lagi Pemuda UMNO ingin menasihatkan pihak-pihak yang bertanggungjawab tentang perkara ini supaya tidak menyalahgunakan proses UN untuk memburukkan imej Negara, dan menyebarkan fakta-fakta yang tidak tepat dan tidak benar yang sengaja diolah untuk kepentingan pihak-pihak tertentu,”
Sementara itu, Khairul Azwan mengucapkan syabas kepada semua pihak yang berusaha menjelaskan perkara sebenar kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB khususnya Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimPro) berhubung tuntutan Comango tersebut.
Dalam masa sama, beliau menasihatkan semua pihak mengelak mengambil pendekatan yang boleh menimbulkan ketegangan antara kaum.
“Walaupun Pemuda UMNO menerima keperluan perbincangan di peringkat antarabangsa bagi tujuan pendedahan dan pembukaan minda, namun yang demikian perlu ditekankan bahawa tidak kira apa yang telah diusulkan atau dicadangkan di gelanggang antarabangsa, Pemuda UMNO tidak akan sekali-kali berganjak daripada perjuangan tradisi UMNO iaitu mempertahankan dan memperjuangkan Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan, Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan perkara-perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Akhir-akhir ini terdapat banyak pihak yang menyeru supaya setiap rakyat mengelak dari melakukan perkara-perkara yang menimbulkan ketegangan. Pemuda UMNO bersetuju dengan pendekatan ini dan menganggap bahawa laporan dan tuduhan COMANGO yang boleh dibaca dalam laporan mereka merupakan satu bentuk provokasi yang hebat yang berpotensi menimbulkan ketegangan dan kekeliruan kepada masyarakat,” ujarnya lagi. -MediaUMNO

Isnin, 28 Oktober 2013

#PRKSgLimau: NAIB KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA GEMPUR DUN SG LIMAU @azwanbro




Beberapa hari setelah disahkan memenangi Pemilihan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Saudara Khairul Azwan Harun atau lebih dikenali dengan panggilan AzwanBro turun bersama Jentera Gerak Gempur Pemuda UMNO Malaysia bagi membantu kempen Barisan Nasional di Pilihanraya Kecil N20 DUN Kawasan Sungai Limau.

Seperti kita sedia maklum, Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau diadakan berikutan kematian Tan Sri Azizan Razak yang merupakan penyandang bagi kerusi itu sejak 1995.


Kehadiran AzwanBro selaku Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru membangkitkan semangat Jentera Gerak Gempur Pemuda BN Malaysia yang telah sedia berada di DUN Sg Limau sejak dari hari penamaan calon pada 23 Oktober lalu.

Setibanya di DUN Sg Limau, Azwanbro terus memulakan kempen dengan mengunjungi setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) bagi bertemu pengundi-pengundi khususnya pengundi muda.
Dalam setiap pertemuan, beliau turut membuka ruang sesi soal jawab bagi mengenalpasti isu-isu berkaitan gerak kerja kempen.

Kehadiran pengundi-pengundi yang memberangsangkan serta semangat yang ditunjukkan, Azwan yakin kemenangan akan berpihak kepada calon Barisan Nasional.

DUN Sungai Limau merupakan kubu kuat PAS selepas DUN Tokai. Terletak di bawah Parlimen Jerai dan mempunyai 27,222 pemilih berdaftar dengan 30 peratus daripadanya adalah pengundi muda.

BN diwakili bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Shuhaimi Lazim, 52 tahun yang juga merupakan AJK UMNO Bahagian Jerai.

Manakala PAS diwakili Ketua Pemuda PAS Jerai, Mohd Azam Samat, berusia 37 tahun yang juga Pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam Kedah.

TUNTUTAN #COMANGO : UMAT ISLAM PERLU BERSATU, KETEPIKAN KEPENTINGAN POLITIK


Setiap 4 tahun, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) akan mengkaji dan meneliti perkembangan serta prestasi isu-isu yang melibatkan hak asasi manusia sejak tahun 2009 terhadap 193 buah negara-negara PBB termasuk Malaysia. Ia disebut sebagai Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia.

The Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process (COMANGO) yang terdiri daripada 54 pertubuhan telah menyediakan satu laporan mengenai pelbagai isu-isu hak asasi manusia yang berlaku di Malaysia dan telah menyerahkannya kepada PBB bagi tujuan penelitian. Sesi kajian dan penelitian ini telah berlangsung pada 24 Oktober 2013 yang lalu di Human Rights Council, Geneva, Switzerland.

Terdapat beberapa tuntutan dan desakan daripada COMANGO yang menimbulkan kontroversi sepertimana yang dilaporkan dalam laporan tersebut. Berikut ialah tuntutan-tuntutan tersebut;

    i. Perenggan 1: Malaysia dituntut untuk menandatangani dan memeterai International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR). Contoh unsur berbahaya yang terkandung dalam ICCPR terdapat pada Perkara 18 iaitu berhubung hak kebebasan beragama. 

    Lihat komentar berikut: “The Committee observes that the freedom to “have or to adopt” a religion or belief necessarily entails the freedom to choose a religion or belief, including the right to replace one’s current religion or belief with another or to adopt atheistic views, as well as the right to retain one’s religion or belief…”


    ###Implikasi penerimaan ICCPR ini bakal mengizinkan pemurtadan berlaku secara berleluasa.
    ii. Perenggan 6.8 berkenaan tuntutan untuk Malaysia menandatangani dan memeterai International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) yang didakwa “menyediakan rangka kerja undang-undang untuk mengadaptasi obligasi antarabangsa ke dalam undang-undang domestik”.
    ###Pematuhan terhadap ICERD ini hanya akan menyebabkan Malaysia mengikut telunjuk dan acuan sekular Barat yang memaksakan penafsiran istilah racism atau perkauman ke atas sesuatu negara berdaulat. Hal ini mengenepikan tindakan-tindakan domestik yang pada hakikatnya mengambil kira realiti dan sejarah serta aspek keagamaan dan sosio-budaya tempatan. Justeru tidak sepatutnya diberikan label negatif dan bersifat stereotaip khususnya oleh media yang berniat jahat terhadap sesebuah negara.
    LGBTiii. Malaysia ditekan untuk mengiktiraf hak-hak berlandaskan SOGI – Sexual Orientation & Gender Identity iaitu hak-hak LGBTIQ (Lesbian, Bisexual, Gays, Transgender, inter-sexed & queer-persons). Dakwaan-dakwaan kononnya golongan ini dinafikan hak-hak mereka ditimbulkan pada perenggan 6.1.1 dan 6.1.2 laporan tersebut. Terdapat juga tekanan-tekanan untuk menghapuskan seksyen 377A Kanun Kesiksaan berhubung jenayah liwat.
    iv. Malaysia juga dipaksa tunduk pada kandungan di dalam Prinsip-prinsip Yogjakarta 2006 yang memberikan kebebasan mutlak kepada mereka yang mempraktikkan amalan seks songsang. Sekiranya hak-hak LGBT ini diizinkan, maka langkah pertama yang mesti dilakukan Kerajaan Malaysia ialah menghapuskan undang-undang berhubung kesalahan jenayah liwat.
    ###Ini adalah langkah yang membuka ruang untuk pengenalan undang-undang perkahwinan sesama jenis yang setakat ini telah dibenarkan di 14 buah negara seluruh dunia, dan negara jiran Thailand sedang menimbangkan untuk memperkenalkan undang-undang yang sama.
    v. Perenggan 6.2 mendakwa bahawa Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak-hak istimewa kaum Melayu adalah bersifat perkauman dan diistilahkan sebagai ‘alat politik’. Ini bersalahan dengan kontrak sosial dan juga ciri-ciri utama yang membentuk Perlembagaan Persekutuan.
    vi. Perenggan 9 mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, dan khususnya perenggan 9.5 mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa ”mengganggu hak peribadi.”
    vii. Perenggan 10 mewujudkan kekeliruan-kekeliruan terhadap isu kebebasan beragama di Malaysia. Di antaranya termasuk kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang masih belum diputuskan secara muktamad oleh Mahkamah tertinggi di Malaysia. 

    ###Laporan tersebut juga mempersoalkan larangan terhadap penganut ajaran syiah menyebarkan fahaman mereka dalam kalangan orang Islam. Selain itu, hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur UMUR juga dijadikan isu hak asasi manusia.
Senarai 54 badan bukan kerajaan (NGO) yang bergabung di bawah COMANGO (Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR) adalah seperti berikut :
1. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM),
2. Christian Federation Malaysia (CFM)
3. Pusat Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER),
4. The Malaysian Bar Council
5. Seksualiti Merdeka (SM),
6. Southeast Asian Centre for e-Media (SEACem),
7. Centre for Independent Journalism (CIJ),
8. Education and Research Association for Consumers, Malaysia (ERA Consumer),
9. All Petaling Jaya, Selangor Residents‟ Asscociation (APAC),
10. All Women‟s Action Society (AWAM),
11. Amnesty International Malaysia (AIM),
12. ASEAN Institute for Early Childhood Development, Association of Women‟s Lawyers (AWL),
13. Association of Women with Disabilities Malaysia, Coalition to Abolish Modern Day Slavery in Asia (CAMSA),
14. Childline Malaysia,
15. Community Action Network (CAN),
16. Centre for Rights of Indigenous Peoples of Sarawak (CRIPS),
17. Dignity International,
18. Foreign Spouses Support Group (FSSG),
19. Good Shepherd Welfare Centre (PKGS),
20. Health Equity Initiatives (HEI) ,
21. Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM),
22. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT),
23. Justice For Sisters (transgender),
24. Pusat Komunikasi Selangor (KOMAS),
25. Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS),
26. KLSCAH Civil Rights Committee,
27. Land Empowerment Animals People (LEAP),
28. Malaysians Against Death Penalty and Torture (MADPET),
29. Malaysian Child Resource Institute (MCRI),
30. Malaysian Physicians for Social Responsibility,
31. Malaysia Youth & Student Democratic Movement (DEMA),
32. Migration Working Group (MWG),
33. Indigenous and Peasant Movement Sarawak (PANGGAU),
34. Persatuan Masyarakat Selangor dan Kuala Lumpur (PERMAS),
35. Protect and Save the Children (PS The Children),
36. PT Foundation,
37. People’s Service Organisation (PSO),
38. Perak Women for Women Society,
39. Persatuan Guru-Guru Tadika Semenanjung Malaysia (PGGT),
40. Persatuan Komuniti Prihatin Selangor dan Kuala Lumpur,
41. Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS),
42. Rainbow Genders Society (RGS),
43. Sabah Women’s Action-Resource Group (SAWO),
44. Sinui Pai Nanek Sengik (SPNS),
45. SIS Forum (Malaysia) Bhd/Sisters in Islam (SIS),
46. Tenaganita,
47. Voice of the Children (VOC),
48. Writers Alliance for Media Independence (WAMI),
49. Women’s Aid Organisation (WAO),
50. Women’s Centre for Change, Penang (WCC),
51. Yayasan Chow Kit,
52. Young Buddhist Association,
53. Youth Section, Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall, Youth Section
54. Child Right Coalition Malaysia (CRCM).
Daripada 54 NGO tersenarai seperti di atas, suara paling dominan adalah dari kumpulan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender) yang bernaung di bawah SOGI (Coalition of Sexual Orientation and Gender Identity).
Menurut laman wao.org.my NGO-NGO yang bernaung di bawah SOGI seperti Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS), Seksualiti Merdeka, Justice for Sisters dan PT Foundation menuntut hak kebebasan berpesatuan, berhimpun dan menyuarakan pendapat.
Dominasi kumpulan LGBT dalam COMANGO kerana mendapat sokongan padu daripada kesemua NGO-NGO hak asasi terutamanya, SUARAM, EMPOWER dan Bar Council Malaysia.
Selain itu, terdapat juga kumpulan feminisme (hak-hak wanita), agama, media, orang asli, migrasi dan kanak-kanak yang kesemuanya berkaitan dengan hak asasi.
Terdapat NGO yang disenaraikan di atas menjalankan operasi secara haram dan tidak berdaftar dengan ROS (Pejabat Pendaftar Pertubuhan), misalnya SUARAM, DEMA dan Seksualiti Merdeka.
Menariknya, majoriti NGO COMANGO itu adalah NGO yang sama yang menggerakkan BERSIH pimpinan bekas Presiden Bar Council Malaysia, Datuk S Ambiga dan Pengarah Eksekutif EMPOWER, Maria Chin Abdullah.

Maria Chin Abdullah (dua dari kiri) salah seorang tulang belakang utama COMANGO
Sebuah yayasan dana yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), NED (National Endowment for Democracy) dalam laporan menyebut beberapa NGO di Malaysia telah menerima tajaannya untuk beroperasi di Malaysiasejak dari tahun 2005.
NGO-NGO itu antaranya adalah SUARAM, CIJ (Centre for Independent Journalism) dan Seacem (Southeast Asia Centre for E-Media) yang merupakan antara tulang belakang NGO COMANGO tersebut.

Setelah puak-puak kafir laknatullah ini gagal melakukan tuntuan di dalam negara ini, mereka mula membawa isu ini ke peringkat antarabangsa. COMANGO telah berjaya meletakkan negara ini dibawah pemantauan PBB.


Ummah hari ini perlu bersatu tanpa mengira pegangan politik untuk mempertahan kedaulatan Islam di bumi bertuah ini.


Kita perlu sedar bahawa akibat perbezaan ideologi politik kita telah membuka terlalu banyak ruang bagi mereka yang tidak pernah jemu berusaha untuk menyesatkan umat Islam malah cuba menidakkan Islam sebagai agama rasmi seperti yang tertakluk di dalam Perlembagaan Persekutuan.


Lebih menyedihkan, ada beberapa pimpinan dan ahli-ahli parti pembangkang turut terlibat menganjurkan serta menyertai beberapa acara himpunan yang kononnya berjuang menegakkan hak asasi manusia serta keadilan seperti BERSIH dan sebagainya tanpa mereka sedar itulah permulaan bagi perjuangan puak kafir berakar umbi.


YPS yakin, jika umat Islam terutamanya mereka yang menyertai parti-parti politik tidak bersatu dalam menangani perkara ini, tidak mustahil suatu hari nanti perjuangan golongan kafir ini akan mencapai kejayaan seperti mana yang telah berlaku dibeberapa negara jiran. 


Dan dalam isu tuntutan Comango ini, kita bernasib baik kerana masih ada segelintir umat Melayu-Islam yang peka dan sensitif untuk memperjuangkan hak dan maruah bangsa dan agama. Mereka bersatu tenaga dan pemikiran  lalu menubuhkan sebuah badan dinamakan Muslim-Universal Periodic Review Organisation atau singkatannya Muslim-UPRo.***


Buat seluruh umat Islam di Malaysia, BERSATULAH!!!Wa'tasimu bihablillah hijamii'a wala tafarroquu - berpeganglah kepada tali ALLAH dan janganlah kamu bercerai-berai!!!

Firman ALLAH SWT dalam Surah Al-Baqarah: 120, 'Sesungguhnya kafir (Yahudi & Nasara) ini sama sekali tidak akan redha dengan kamu (umat Islam) sampai bila-bila selagi kamu tidak menurut agama dan cara kehidupan mereka'


**MuslimUPRo dianggotai oleh beberapa pertubuhan-pertubuhan Islam termasuk Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), JATI, Majlis Amal Islami Malaysia, IKATAN, PERKIM, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), PEMBINA, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), PERMIM, JATI, PERKID, PERKASA, PROMUSLIM, JAM”IYYAH, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM), Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), ISSI Malaysia, GABUNGAN Pulau Pinang, PINTA, Majlis Ittihad Ummah, Persatuan Ummah Cemerlang Malaysia, Khalifah Institute, Persatuan Nur Alamiyyah, Pertubuhan Anak Watan Malaysia (WATAN).

Ahad, 27 Oktober 2013

10 TANGGAPAN SALAH TERHADAP ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI PERSEKUTUAN.




Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di Negara ini memartabatkan Islam sebagai Agama Negara [Fasal 1 Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan] “Islam adalah agama bagi Persekutuan;”  atau dalam teks asalnya  “Islam is the religion of the Federation;”.

Jika diterjemahkan ke bahasa Arab ia bermaksud. “Al Islam deen alDawlah”. Bersandar kepada ketinggian kedudukan Islam sebagai Agama Negara ini, Fasal 1 Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan mewajibkan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk membuat satu komitmen atas nama suci Allah dengan melafazkan sumpah untuk memelihara agama Islam pada semua masa. 


Lafaz sumpah ini dilakarkan secara khusus di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:-
Sumpah Jawatan Bagi Yang di-Pertuan Agong 
dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
BAHAGIAN I 
Kami ........................ibni ..................................

Yang di-Pertuan Agong bagi Malaysia bersumpah dengan melafazkan:

Wallahi; Wabillahi; Watallahi;

Maka dengan lafaz ini berikrarlah Kami dengan sesungguh dan dengan sebenarnya mengaku akan taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut sebagaimana undang-undang dan Perlembagaan yang telah disah dan dimasyhurkan dan yang akan disah dan dimasyhurkan di masa hadapan ini.




  Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam Negeri.
Atas sifat dan kedudukan Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama 
Negara (The Supreme Head of Federation), semua pihak yang ada hubung kait dengan 
pemerintahan Negara ini juga terikat untuk melaksanakan sumpah berkenaan kerana 
segala urusan pemerintahan dalam Negara ini bersumberkan kepada kuasa eksekutif 
Baginda sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan. 

Justeru, berpaksikan kepada kedudukan Islam sebagai Agama Negara dan komitmen Ketua Utama Negara, segala agenda Negara sama ada dalam bentuk dasar mahupun perundangan semestinya berpaksikan kepada prinsip Islam dan tidak boleh sama sekali menyanggahi atau menjejaskan ketinggian dan kedaulatan Agama Negara. 

Seluruh dasar dan agenda pembangunan Negara semestinya berteraskan kepada 
prinsip Agama Negara dan bukan pemikiran atau pengaruh pemikiran sekularisme dan liberalisme kerana sifat kedua-dua pemikiran itu masing-masing menyisih dan menghakis agama dari kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

Rakyat Negara ini seharusnya menyedari dan bersyukur sebagai kerangka asas Negara, Islam telah berjaya membuktikan kepada dunia bahawa sifat kemanusiaan yang dipupuk dalam minda umat Melayu/Islam, Negara Malaysia telah berjaya membawa semua kaum samada yang beragama Islam atau bukan beragama Islam ke mercu kejayaan dan keamanan yang berpanjangan  – bebas dari cengkaman penjajah dan bebas dari ancaman komunis dan segala bentuk ancaman. 

Justeru, ketika rakyat Negara ini menikmati rahmat pembangunan dan keamanan ini, tiada pilihan lain selain dari terus memartabatkan kedaulatan dan ketinggian agama Islam sebagai Agama Negara. 

Penghijrahan Minda yang mesti dilakukan oleh seluruh umat Islam adalah untuk 
menyedari dan menginsafi bahawa kewajipan untuk memelihara agama (hifz ad deen) bukan hanya menjadi kewajipan keagamaan semata-mata, malah ia juga Kewajipan Kenegaraan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan menjadi Agenda Tertinggi Negara (Constitutional Obligation) . 

Islam  yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bukan hanya setakat prinsip kepercayaan dan amal ibadah  khususiyyah semata-mata, malah Islam yang menjadi tanggungjawab kenegaraan itu adalah Islam yang syumul dan sempurna sebagaimana yang telah diputuskan oleh mahkamah tertinggi Negara  – Mahkamah Persekutuan 
dalam kes Lina Joy lwn Majlis agama Islam Wilayah Persekutuan & 1 Lagi  [2007] 4 MLJ 585 telah memberikan tafsiran yang luas kepada Islam yang terkandung dalam 
Perlembagaan Persekutuan.
“Islam itu bukan sahaja suatu himpunan dogma-dogma dan ritual-ritual tetapi ianya adalah juga suatu cara hidup yang lengkap merangkumi semua bidang aktiviti manusia, persendirian atau awam, perundangan, politik, ekonomi, sosial, budaya, moral atau kehakiman.”
PENGHAKISAN KEDAULATAN AGAMA ISLAM
Walaupun kedudukan dan ketinggian Islam sebagai Agama Negara sudah terang lagi 
bersuluh  tertera  dalam Perlembagaan Persekutuan, Negara masih lagi dibelenggu dengan pegangan dan fahaman salah kononnya Malaysia adalah sebuah ”Negara 
Demokrasi Sekular dengan Islam sekadar Agama Rasmi”. 

Fahaman salah ini masih menular dengan meluas, termasuk di kalangan umat Islam malahan juga di kalangan sebahagian besar ahli politik, pengamal undang-undang, penggubal dasar sama ada pada peringkat Persekutuan mahupun Negeri dan juga dalam kalangan majoriti rakyat.Dengan memberikan tafsiran bahawa Islam hanyalah sekadar agama rasmi, maka 

Islam hanya dapat dilihat dalam upacara atau majlis tertentu sahaja.

Salah tanggapan terhadap kedudukan Islam ini jika dibiarkan, boleh mengakibatkan mala petaka besar kepada Negara ini kerana jika selama ini kedaulatan Islam dalam Perlembagaan hanya berhadapan dengan pemikiran sekular yang menyempitkan 

tafsiran Islam kepada hanya sekadar agama rasmi atau amalan ritual semata-mata, kini Islam berhadapan dengan cabaran yang lebih besar yang diterajui oleh golongan pemikiran Liberal yang sifat utamanya ialah menghakis agama dari aspek kehidupan bermasyarakat dan pemerintahan.

Mereka berpegang pada fahaman bahawa agama hanya difokuskan pada pegangan individu  kepercayaan atau  faith sahaja. Ajaran Islam yang sempurna dan komprehensif itu gambarkan sebagai kejam, ketinggalan zaman, menindas dan lebih menakutkan – mempelopori keganasan! Ajaran Islam yang bersifat rahmatan lil‟alamin dihujahkan  sebagai  tidak wajar diguna pakai ke atas penganut agama lain. 


Cabaran-cabaran ini ternyata telah menjejaskan akhlak umat Islam terutama di kalangan para remaja. Krisis gejala sosial yang melanda remaja Islam pada masa ini 

merupakan kesan  secara langsung akibat kejutan budaya dan perubahan nilai serta  
pemikiran  yang melanda masyarakat. Gejala sosial yang berlaku pada hari ini bolehlah disifatkan sebagai amalan jahiliyyah pada era globalisasi yang serba maju dan moden. 

Dalam era pembebasan daripada kawalan agama ini, remaja pelajar semakin terdedah kepada budaya hedonisme, iaitu suka berfoya-foya dan berhibur dengan keterlaluan, terjebak dalam amalan seks bebas atau zina, hamil tanpa nikah, buang bayi, ketagihan  arak, dadah  rokok, judi, bahan-bahan lucah, rogol dan banyak lagi masalah sosial yang cukup membimbangkan. 


Lebih menyedihkan lagi apabila para remaja disogokkan dengan budaya hiburan berlebihan yang berkiblatkan budaya barat. Rancanganrancangan berbentuk hiburan diberi keutamaan dan publisiti yang amat meluas. 


Bentuk-bentuk hiburan barat dibawa masuk dan diterjemahkan ke dalam masyarakat melalui media-media massa dan elektronik arus perdana. Hasilnya lahirlah programprogram hiburan melampau antaranya seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Vokal Bukan Sekadar Rupa, One In A Million yang dibersumberkan rancangan American Idol dan Vokal dari negara barat.


Walaupun terdapat rancangan hiburan yang berteraskan Islam dan budaya Melayu, tetapi rancangan ini kurang mendapat sambutan berbanding hiburan-hiburan barat. Budaya hiburan berteraskan barat ini juga adalah tidak selari dengan kedudukan Islam sebagai Agama Negara. Justeru itu, bentuk-bentuk hiburan hendaklah dikawal agar selari dengan agama negara iaitu Islam.


HIJRAH MINDA – TRANSFORMASI PEMIKIRAN

Berpaksikan kepada prinsip Rukun Negara - Keluruhan Perlembagaan dan Kedaulatan 
Undang-Undang, umat Islam perlu melakukan Hijrah Minda atau TransformasiPemikiran  supaya  kedaulatan Islam sebagai Agama Negara sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dapat dilaksanakan  selaras dengan ajaran dan pegangan Islam sebagaimana yang terkandung di dalam al  Quran dan ajaran Rasulullah SAW. 

Transformasi utama yang perlu dirintis oleh umat Islam adalah dengan melakukan pelbagai koreksi atau pembetulan kepada berbagai salah tanggapan yang pada hakikatnya menjadi “sumbangan terbesar” kepada segala macam cabaran dan permasalahan yang mencengkam umat Islam.


Umat Islam berkewajipan untuk melakukan  Transformasi Pemikiran dan proses Hjirah Minda  dalam menanggapi kedudukan Agama Negara supaya roh sebenar “Sumpah Agong” dapat dilaksana dan direalisasikan secara berkesan. Berbagai persepsi salah  tentang kedudukan Islam sebagai Agama Negara yang selama ini membelenggu pemikiran ummah wajib diperbetulkan. 


Almarhum Prof. Ahmad Ibrahim pernah mengutarakan pandangan berhubung dengan perkara ini.  Menurut beliau, cara yang lebih baik adalah dengan melihat Perlembagaan Persekutuan secara positif dan menerimanya serta berusaha melaksanakannya agar prinsip-prinsip kerajaan Islam dapat ditegakkan. 


Perlembagaan Persekutuan terhasil daripada perundingan dan tolak ansur antara kaum-kaum yang ada di Malaya dan kemudiannya Malaysia.  Kita harus menghormati perjanjian yang dicapai atas dasar timbang rasa dan persahabatan itu.  


Pada masa yang sama, kita wajar berfikir secara mendalam dan bertindak dengan 

bijaksana untuk memanfaatkan Perlembagaan agar usaha menegakkan Kerajaan Islam akhirnya menjadi kenyataan yang pada masa yang sama mengambil kira kepentingan semua kaum di Malaysia.

Antara salah tanggapan terhadap perkara-perkara asas  mengenai Islam  dalam 

Perlembagaan yang wajib diperbetulkan;

SALAH TANGGAPAN No. 1 – “ISLAM SEKADAR AGAMA RASMI”.

Ungkapan ini jauh tersasar dari kedudukan yang sebenar sebagaimana yang termaktub dalam perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan  – “Islam is the religion of Federation...” Ungkapan “rasmi” hanya sekadar tambahan, tetapi impaknya telah mengelirukan semua pihak dan membuat tanggapan yang salah mengenai kedudukan Islam di Negara ini hingga menjadi “Malaysia adalah sebuah negara demokrasi sekular dengan Islam sebagai agama rasmi.” Hakikatnya ketiga-tiga perkataan;
demokrasi, sekular dan rasmi tidak wujud sama sekali dalam Perlembagaan.

Banyak pihak yang berhujah bahawa ungkapan ini telah digunapakai dan “diterima” oleh semua pihak sejak Negara mencapai kemerdekaan. Persoalannya di manakah Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang seandainya penerimaan yang tidak betul ini dibiarkan berterusan? 


Bagaimana dengan “Sumpah Yang DiPertuan Agong” di bawah perkara 37 Perlembagaan atas nama suci Allah? Hanya orang yang tidak mengenali dan beriman dengan  Allah sahaja yang tergamak untuk menghilangkan ketinggian nilai sumpah Agong itu dan merendah-rendahkannya kepada hanya sekadar upacara rasmi sahaja.


SALAH TANGGAPAN  Ke 2 - MALAYSIA NEGARA SEKULAR

Berdasarkan fahaman yang tersasar ini pemikiran sekular terus menular manakala  prinsip ajaran Islam disisihkan. Dalam era Liberalisme yang sedang hebat melanda kini, ajaran Islam bukan sahaja  tidak mendapat perhatian sewajarnya dalam  sistem ekonomi, pendidikan, sosial, budaya, serta lain-lain aspek kehidupan, malah Islamdigambarkan secara negatif dan kejam. Apabila sahaja disebut tentang Islam, ada yang mengeluarkan kata-kata yang boleh menjerumuskan kepada kemurtadan – “kalau kita ingin maju, agama perlu ditinggalkan!  

Salah tanggapan mengenai hakikat kedudukan sebenar Islam sebagai Agama Negara menjadi penyumbang terbesar kepada kelangsungan hayat pemikiran sekular Barat di Negara ini. Faktor utama kepada pegangan sebegini berpunca  daripada hakikat bahawa Perlembagaan Negara dirintis oleh sebuah suruhanjaya yang diketuai oleh Lord Reid dengan dianggotai oleh hanya seorang hakim beragama Islam  iaitu Hakim Abdul Hamid dari Pakistan.


Namun begitu tidak ramai yang menyedari fungsi dan peranan Suruhanjaya ini yang pada hakikatnya hanya menyediakan laporan. Pendekatan  Raja-Raja Melayu untuk memuktamadkan Perlembagaan dengan menerima pandangan Hakim Abdul Hamid bagi  memasukkan prinsip  “Islam sebagai Agama Persekutuan” dengan mengenepikan frasa  “tetapi ia tidak menafikan ciri-ciri sekular Negara ini” menghasilkan natijah yang amat baik  untuk Islam - Perlembagaan Persekutuan bebas dari ungkapan sekular sama sekali.  


Tradisi pengiktirafan Islam sebagai Agama Negara telah diterjemahkan malalui persetujuan yang telah dicapai oleh kaum-kaum dan kumpulan-kumpulan agama yang menghuni Tanah Melayu untuk menerima Perkara 3(1), meletakkan di dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan perkara 3(2) untuk menjamin hak-hak, keistimewaan, kuasa prerogatif Raja-Raja Melayu.


Persoalannya kenapa  Malaysia masih dianggap sebagai negara sekular? Adakah 

hanya kerana ayat kedua dalam perkara 3(1) yang berbunyi “but other religion may be practiced in peace and harmony in any part of Malaysia” telah menukar pegangan 
negara dari Islam kepada sekular? Bukankah ajaran Islam itu sendiri memberikan kebebasan manusia yang tidak beriman untuk mengamalkan ajaran agama mereka tanpa dikenakan paksaan untuk menerima Islam atau dihalau dari masyarakat Islam?  

Ternyata limb kedua tersebut tidak sedikitpun mencacatkan pegangan Islam Negara ini malah peruntukan tersebut adalah selaras dengan ajaran Islam itu sendiri. Pegangan bahawa Malaysia adalah Negara sekular boleh dianggap sebagai penghinaan kepada undang-undang tertinggi negara yang mengiktiraf Islam sebagai Agama  Negara dan komitmen Sumpah Agong atas nama suci Allah. 


Ada pihak yang cuba memberikan hujah mengelirukan dengan memutarbelitkan kes Che' Omar Che' Soh yang sering digunakan oleh pengamal dan pelajar undang-undang dan sesetengah orang Islam kononnya Tun Salleh Abas pernah memutuskan Malaysia adalah negara sekular. 


Cerita ini amat mengelirukan sama sekali kerana Tun Salleh hanya mengatakan undang-undang yang sedang berkuat kuasa adalah undang-undang sekular dan bukannya Negara ini Negara sekular. Bahkan Tun Salleh memberikan pendapatnya dalam kes berkaitan hukuman mati sama ada bercanggah dengan Islam dan bukan isu sama ada Negara ini Islam atau Negara sekular.


SALAH TANGGAPAN ke 3 – KEDUDUKAN ISLAM LEBIH RENDAH DARI PERLEMBAGAAN

Perkara 4(1) Ketinggian Perlembagaan-  tidak menafikan kedudukan Islam sebagai 
agama Negara, malah ia memartabatkan perkara 3(1) - Islam Agama Negara sebagai 
undang-undang tertinggi. 

Kenapa kita perlu menjunjung prinsip sekular Barat yang langsung tidak disebutkan dalam Perlembagaan sebagai sebahagian dari undang-undang tertinggi Negara, sedangkan peruntukan yang jelas mengenai Islam sebagai Agama Negara itu adalah perkara yang pertama sekali disebutkan dalam Perlembagaan, dan diikrarkan oleh YDPA, dikesampingkan dan dipinggirkan  hingga tidak dianggap sebagai undang-undang tertinggi?


Terserlahlah sikap  hipocracy kelompok sekular dalam menganggap kedudukan Islam dalam perlembagaan mencecah ke tahap pembohongan yang amat besar dalam sejarah Malaysia moden.


Justeru salah tanggapan ini perlu diperbetulkan. Islam sebagai Agama Negara mesti dihormati dan dipatuhi sebagai Undang-undang Tertinggi Negara. Sebarang dasar dan undang-undang yang digubal mestilah tidak bercanggah dengan Agama Negara dan memelihara ketinggiannya adalah menjadi kewajipan pemerintah.


Justeru itu, pihak pemerintah hendaklah sentiasa memastikan segala bentuk dasar dan undang-undang yang bercanggah dengan Islam hendaklah diperbetulkan bagi memastikan ia adalah selaras dengan Agama Negara dan seterusnya meletakkan Islam itu di tempat yang sepatutnya.


Kewajipan untuk memastikan segala aspek pemerintahan Negara perlu mematuhi 

prinsip agama Islam bukan sahaja berasaskan kepada kedudukan Islam sebagai agama negara, malah ia bertunjangkan kepada komitmen YDPA sebagai Ketua Utama Negara sebagaimana yang dilafazkan dalam sumpah baginda.

Sumpah Agong yang perlu dilafazkan selaras dengan kehendak perkara 37 Perlembagaan Persekutuan adalah sepertimana yang dilakarkan dalam Jadual keempat Perlembagaan 
Persekutuan.  

SALAH TANGGAPAN ke 4  - HAK KESAMARATAAN AGAMA – EQUALITY OF RELIGION

Walaupun Perlembagaan memberikan hak kebebasan mengamalkan agama-agama, 
namun hak kebebasan itu perlu dilaksanakan tertakluk kepada undang-undang tentang moral, ketenteraman dan kesihatan awam (Perkara 11(5) Perlembagaan Persekutuan). Penyebaran agama-agama lain juga tertakluk kepada kawalan dan sekatan bagi menghalang ia dari tersebar kepada penganut Agama Islam.

Justeru sebarang perbuatan/aktiviti yang bersifat mendedahkan umat Islam kepada kepercayaan agama lain  boleh dikawal dan dihadkan  (restrict and control).Peruntukan  Perlembagaan berkaitan kawalan penyebaran agama lain ke atas orang-orang Islam itu sendiri telah meletakkan Islam itu lebih istimewa berbanding agama-agama lain. Peruntukan ini juga dengan sendirinya telah memberi pengiktirafan kepada Perkara 3 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai Agama Negara.


Ternyata bahawa prinsip kesamarataan agama yang menjadi pegangan sesetengah 

pihak di Negara ini adalah tidak berasaskan pendekatan Perlembagaan. Terdapat 
pelbagai peruntukan yang menyerlahkan keistimewaan  kedudukan  Islam sebagai 
Agama Negara. Mahkamah tertinggi Negara dalam banyak kes telah memutuskan 
bahawa Islam sebagai agama bagi persekutuan tidak sama dengan agama  –agama lain. Perkara 3 Fasal (1)
“Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah berlainan daripada kedudukan agama-agama lain. Pertama, hanya Islam, sebagai satu agama, yang disebut dengan namanya dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu sebagai agama bagi Persekutuan‟
(Tun Ahmad Fairuz dalam kes Lina Joy merujuk kepada pandangan Tun Abdul Hamid Mohamad dalam kes Kamariah Ali.)

Agama-agama lain boleh diamalkan selagi ia tidak memecah keamanan, namun jika 

amalannya sudah menampakkan tanda-tanda tidak harmoni dan boleh memecah 
keamanan, maka amalan berkaitan perlu dihalang. 

Ketinggian Islam juga terserlah menerusi Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan 

yang hanya  membolehkan Kerajaan Negeri atau kerajaan Persekutuan untuk
memperuntukan kewangan dan menubuhkan atau membantu menubuhkan apa-apa institusi berkaitan agama Islam. 

Oleh kerana itu cadangan untuk menubuhkan suatu suruhanjaya yang dinamakan Suruhanjaya antara Agama (Inter-faith Commission-IFC) yang  pernah dicadangkan penubuhannya sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang    termasuk ke atas agama Islam tidak boleh dilaksanakan kerana ia bersifat menyematarafkan agama Isam sebagai Agama Negara dengan agama-agama lain.


SALAH TANGGAPAN ke 5  – LEGASI PENJAJAH YANG BERCANGGAH DENGAN ISLAM  

dianggap sistem konvensional manakala sistem Islam sekadar alternatif. Sistem perundangan masih bersandarkan undang-undang common law Inggeris, sedangkan tiada peruntukkan dalam Perlembagaan yang mewajibkan undang-undang sekular itu diteruskan.

Bahkan undang-undang yang membolehkan ia terus bernafas di negara ini selepas Merdeka sebenarnya terletak dalam bahagian Temporary  and Transition – Sementara dan Peralihan. Civil Law Act 1956 hanya membenarkan rujukan kepada Undang-undang Inggeris sekiranya keperluan setempat memerlukannya. 


Rujukan kepada prinsip undang-undang Islam  dalam sistem perundangan langsung 

tidak dikembangkan. Hanya dalam aspek yang mendatangkan keuntungan ekonomi, 
rujukan kepada Islam diberikan seperti perbankan Islam. 

Walau bagaimanapun, tidak semua undang-undang yang diamalkan dalam negara ini bertentangan dengan Islam. 

Jika dilihat kepada undang-undang prosedur, tidak banyak perbezaan dengan undangundang prosedur yang digunapakai di Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.

Sebaliknya hanya beberapa peruntukan tertentu berkaitan hukuman bagi kesalahankesalahan yang telah ditetapkan hukumannya secara qatie perlu diselaraskan dengan Islam. Begitu juga dalam beberapa aspek undang-undang keterangan berkaitan dengan kesaksian dan pembuktian bagi mensabitkan sesuatu kesalahan perlu diselaraskan 
dengan Islam.

Sistem pendidikan Islam hanya sekadar alternatif sedangkan ia sewajarnya menjadi sistem pendidikan mainstream berdasarkan kepada kedudukan Islam sebagai agama Negara.  Gejala sosial yan berpuca dari penyisihan Islam dari kehidupan  tidak dapat disembunyikan lagi. Sebarang usaha untuk menyembunyikannya bagaikan menutup 

bangkai gajah. 

Umat Islam makin perlu diberikan hak  untuk kembali kepada  sistem 

pendidikan   yang berteraskan Agama Negara secara sempurna bukan  sekadar 
pendidikan alternatif. Kelompok yang memahami dan mengerti agama perlu diberikan ruang dan peluang yang sewajarnya. 

Kelompok agama sering dipersalahkan kerana dikatakan gagal mengemukakan cadangan penyelesaian, namun semasa menggubal dasar atau pelan pelaksanaan sesuatu program, pandangan dan ulasan agama tidak diberikan perhatian. 


SALAH TANGGAPAN Ke-6  MEMPERJUANGKAN ISLAM DIANGGAP CENDERONG KEPADA GOLONGAN KIRI

Pihak-pihak yang menyuarakan supaya  negara  ditadbir menurut prinsip dan dasar Islam  dilabelkan dengan pelbagai gelaran negatif  – golongan fanatik, pemecah perpaduan, extremist, fundamentalis, terrorist, talibanese dan disisihkan  dari arus perdana. 

Pendekatan sebegini adalah amalan di zaman penjajahan di mana para pejuang agama yang lantang menuntut Islam dimartabatkan dinyahkan sama ada dalam kurungan atau  ditransfer jauh ke pendalaman dan tidak dinaikkan pangkat. 

Mereka yang cenderung kepada agama termasuk sekolah-sekolah agama dilabelkan sebagai  anti-establishment.  Pendekatan penjajah ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi sesetengah pihak yang bersikap negatif kepada apa saja program pendidikan keagamaan dan melemparkan pelbagai tohmahan kepada  guru-guru atau golongan pelajar yang cenderung kepada agama hingga disisihkan dari peluang-peluang tertentu. 


Ada juga sekolah-sekolah, bahkan sekolah-sekolah agama turut serta 10

mengekang para pelajar dari mendalami agama Islam menerusi kegiatan dakwah.
Sedangkan usaha dan kegiatan keagamaan mereka ini adalah selaras dengan 
Perlembagaan Persekutuan untuk memartabatkan Islam.

Hari ini, apabila kita berhadapan dengan pelbagai tekanan dan cabaran sekularisme

dan liberalisme yang  menghasilkan gejala sosial yang tidak terkawal dan jurang 
perbezaan ekonomi yang amat lebar, kelompok agama ini terus menerus dipersalahkan kononnya tidak pro-aktif dalam menyebarkan ajaran agama untuk menyekat gejala
sosial. 

SALAH TANGGAPAN ke 7 – ISLAM TANGGUNGJAWAB KERAJAAN NEGERI

Oleh kerana pentadbiran  hal ehwal  agama Islam secara tradisinya berada di bawah 
kuasa Sultan/Raja sebagai ketua agama, tuntutan supaya ajaran Islam dipatuhi dalam sebarang penggubalan/pelaksanaan dasar  atau undang-undang di peringkat 
persekutuan sering kali diketepikan atas alasan tanggungjawab memelihara Islam 
adalah terletak di bawah urusan Negeri. Sedangkan sebahagian besar urusan pemerintahan dan pentadbiran Negara berada dalam senarai Persekutuan. 

Justeru adalah menjadi tanggungjawab persekutuan untuk memastikan penggubalan atau pelaksanaan dasar bagi  semua  perkara-perkara yang tersnarai dalam senarai persekutuan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan sama ada yang berkaitan ekonomi, pendidikan, perdagangan, dan lain-lain lagi digubal dan dilaksanakan secaramematuhi dan selqaras dengan ajaran Islam  atau  tidak menjejaskan  Islam sebagai agama Negara.

Dengan pendekatan sedemikian kita tidak akan mendengar lagi suara-suara sumbang 

yang menuntut hak kebebasan dari pengaruh dan unsur Islam sebagai salah satu hak kebebasan beragama.  Prof Muhammad Imam ketika mengupas kewajipan mengenai Islam di bawah Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan berpendapat;
This provision worded as it is, lends itself to a persuasive interpretation that it casts upon the 'Federation' a positive obligation to protect, defend and promote the religion of Islam and to assist, enable and facilitate Muslims, individually or collectively, to order their lives in accordance with the Injunctions of Islam.
 Said Maulana S. Abdul Ala Maududi: 
A very large part of the Islamic system of law, however, needs for its enforcement, in all its details, the coercive powers and authority of the state. Political power is essential for protecting the Islamic system of life from deterioration and perversion, for the eradication of vice and the establishment of virtue and, finally, for the enforcement of all these laws that require the sanction of the state and the Judiciary for their operation.

Sesetengah pihak tidak begitu selesa untuk merangka atau melaksanakan dasar atas 

semangat dan roh agama Negara tetapi lebih memberikan penekanan kepada prinsipprinsip lain seperti toleransi perpaduan, kemajuan material, kecemerlangan duniawi, pengiktirafan antarabangsa, hak asasi dan sebagainya. 

Dalam memerangi rasuah sebagai contohnya, penekannan lebih diberikan kepada undang-undang dan moraliti mengatasi aspek pematuhan kepada nilai murni agama Negara yang pada hakikatnya lebih  mampu untuk mencegah dari berleluasanya  sebarang bentuk penyelewengan, rasuah dan pecah amanah yang dikeji oleh Islam. 


SALAH TANGGAPAN ke 8 – PIHAK BERKUASA AGAMA NEGERI DIBAWAH KERAJAAN NEGERI

Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negeri-negeri memartabatkan Sultan atau YDPA sebagai Ketua Agama Islam Negeri. Dalam hal pentadbiran Agama Islam Baginda dibantu oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) yang merupakan pihak berkuasa agama Negeri yang utama selepas Sultan/YDPA.

Walau bagaimanapun kedudukan ini sering disalah tanggap. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) atau Kerajaan Negeri sering dianggap sebagai pihak berkuasa termasuk dalam hal ehwal agama yang termaktub dalam butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. 


Fahaman dan pendekatan sebegini adalah bercanggah dengan Perlembagaan 

Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Islam sebagai Agama Negeri dan Agama 
Negara tidak tertakluk di bawah kuasa politik. Sebaliknya Kerajaan Negeri yang
tertakluk kepada prinsip Islam dalam menjalankan pemerintahan Negeri. 

Justeru, walau pun menjadi kewajipan kepada Kerajaan Negeri menyediakan kewangan, kemudahandan pegawai-pegawai untuk berkhidmat kepada MAIN, namun MAIN TIDAK bertanggungjawab  (accountable) kepada Kerajaan Negeri kerana MAIN bertanggungjawab terus kepada YDPA/Sultan. 


Begitu juga para pekhidmat awam Negeri yang ditugaskan dalam hal ehwal berkaitan agama seperti JAIN, Jabatan Mufti, Mahkamah Syariah adalah bertanggungjawab kepada MAIN dan bukan kepada Kerajaan Negeri. 


Kerajaan Negeri masih bertanggungjawab untuk melakukan pembangunan dalam hal 

ehwal agama Islam tetapi tertakluk kepada kawalan dan kebenaran MAIN. Justeru 
adalah tidak wajar bagi mana-mana Kerajaan Negeri untuk mencampuri hal-hal berkaitan penentuan hukum Syarak walaupun ia berkewajipan untuk mematuhi dan menghormati hukum Syarak yang diperkenankan oleh Sultan sebagai Ketua Agama Negeri.

SALAH TANGGAPAN ke 9 - SEJARAH NEGARA ISLAM BERMULA SEJAK 1957 

Kegemilangan sejarah Negara bukanlah hanya bermula selepas kemerdekaan dicapai pada 31 Ogos 1957 atau semasa pembentukan Malaysia pada September 1963, malah kedaulatan kerajaan-kerajaan  Melayu telah lama berdiri teguh sejak berabad-abad lamanya. Jika disandarkan pada Batu Bersurat Terengganu, kedaulatan Kerajaan Melayu yang berteraskan ajaran Islam telah bertapak kukuh sejak kurun ke-13 lagi. 

Fakta ini diteguhkan lagi melalui pemakaian undang-undang kanun-kanun NegeriNegeri Melayu (Malay Digest) yang berlandaskan hukum Syarak. Fakta sejarah juga membuktikan bahawa semasa Sistem Residen berkuat kuasa di Negeri-negeri Melayu, Raja-raja Melayu tetap berdaulat;

The Resident System did not change the status of the Malay States to be part of British Colony. In 1878 The Colonial secretary has written a letter to the Resident of Pahang 
The Residents have been placed in the native states as advisers, not as rulers, if they upon themselves to disregard this principle, they will most assuredly be held responsible if trouble springs out of their neglect of it.
Percubaan British untuk menjajah Tanah Melayu melalui gagasan Malayan Union pada tahun 1946 telah gagal apabila dibantah keras oleh orang Melayu ketika itu. Justeru, Negeri-Negeri Melayu terus bernaung di bawah perlindungan dan nasihat Residen British yang kemudiannya membentuk Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

Perlu disebut bahawa pada waktu itu, Raja-Raja Melayu terus berdaulat, manakala 

Residen dan Residen Jeneral British hanya berperanan sebagai penasihat.  

Terdapat beberapa ciri tempatan yang kesemuanya menekankan bahawa Perlembagaan Persekutuan bukanlah sesuatu yang asing. Kedudukan raja, hak keistemewaan orang Melayu, kedudukan Islam serta Bahasa Melayu adalah lanjutan sistem dan unsur-unsur tradisional yang telah wujud sebelum kedatangan British lagi. 

Perkara ini boleh dianggap istimewa kerana peruntukan berkenaan tidak boleh dipinda melalui suara majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat dan Negara.

Mengenai Islam pula, kedudukan Islam adalah penerusan daripada peruntukan yang ada dalam perlembagaan negeri Melayu sebelum tahun 1957. Walaupun perlembagaan bertulis boleh dikatakan sebagai satu fenomena yang baru, penetapan Islam sebagai agama negeri boleh dilihat sebagai usaha untuk mengakui dan menjelaskan nilai dasar 

negeri Melayu.

Sebelum kedatangan British perkara ini mungkin tidak perlu kerana sebelum itu tidak wujud masyarakat bukan Islam yang besar jumlahnya. Mungkin boleh juga dihujah bahawa keadaan sebelum British juga tidak menghendaki perlunya Islam dinyatakan secara rasmi dalam undang-undang tubuh negeri Melayu.


Umat Islam berkewajipan untuk mempertahankan sejarah Kedaulatan Islam yang cuba dihakis oleh pihak-pihak  yang tidak bertanggungjawab. Ini bagi mengelakkan berulangnya sejarah Kedaulatan Kesultanan Melayu/Islam yang sengaja dihakis dari lakaran sejarah Nusantara. 


Hari ini terdapat  cubaan menghakis sejarah kedaulatan kesultanan Kedah di Pulau Pinang melalui  My  Balik Pulau dan Sejarah Islam di kawasan Batu Uban Pulau Pinang yang mendahului kedatangan Francis Light. Pengajaran perlu diambil dari Hukum Kanun Melayu  (Malay Digests)    terus menerus dihakis daripada menjadi sumber undang-undang setelah diketepikan dengan kedatangan Common Law Inggeris.


Kini umat Islam sedang berhadapan dengan cubaan menghakis Kedaulatan Islam dengan mengutamakan salah tafsiran dan salah tanggapan mengatasi peruntukkan sebenar dalam Perlembagaan. Walaupun Perlembagaan Persekutuan  (Perkara 3(1)) memartabatkan Islam sebagai Agama Negara, Malaysia masih dianggap sebagai “Negara Sekular dengan Islam sebagai Agama Rasmi”.


SALAH TANGGAPAN Ke 10 – ISLAM TERTAKLUK KEPADA PENDEKATAN POLITIK

Kebelakangan ini, apabila tanggungjawab memelihara agama Islam dilaksanakan tanpa sebarang pemantauan, wujud kecenderungan sesetengah pihak untuk menggadai kepentingan agama Islam demi meraih sokongan politik. Nama suci Allah tergamak dibiarkan untuk digunakan secara sewenang-wenangnya oleh agama lain atas nama hak asasi manusia.

Sedangkan hakikatnya ia sebahagian dari usaha untuk mengelirukan umat Islam dengan merendahkan nama suci Allah yang termaktub dalam al-Quran kepada hanya sebagai terjemahan kepada perkataan 'GOD' dalam bahasa Inggeris. Justeru, nama  suci  Allah  terdedah kepada penyalahgunaan oleh pelbagai pihak untuk digunakan  kepada makhluk-makhluk yang mereka anggap sebagai tuhan mereka. 


Adakah wajar demi kepentingan politik kita membiarkan orang-orang bukan Islam 

mennafsirkankan apa saja yang mereka  anggap tuhan dengan nama Allah Yang Esa???. Tentulah amalan sedemikian boleh mengakibatkan redha kepada syirik.

Memang kita amat gembira jika penganut agama lain mahu menganggap Allah sebagai tuhan yang maha tinggi, tetapi perbuatan menyifatkan nama Allah hanya sekadar nama am yang bermaksud  “tuhan” amatlah merbahaya dan satu penghinaan kepada ajaran Islam dan umat Islam yang beriman Allah adalah nama khas yang suci bagi Tuhan pencipta sekalian alam – lafzul jalaalah bukan sekadar  a mere word!  ALLAH is the one and only god, other gods are not ALLAH!


Begitu juga keadaannya apabila pertimbangan politik memainkan pengaruh yang penting dalam isu Bible Bahasa Melayu, amatlah tidak wajar isu agama dijadikan bahan political bargaining. Berbagai perkataan bersumberkan ajaran Islam diselewengkan maksudnya dalam bible Bahasa Melayu itu, namun oleh kerana suara umat Islam sudah tidak lagi begitu penting, maka pelbagai pihak cuba menangguk di air keruh 14 dalam situasi politk semasa. Natijahnya ketinggian dan kesucian agama Islam sebagai agama Negara sudah dijadikan bahan political bargaining


Islam akan terhakis apabila tanggung jawab terhadap urusan Islam gagal dipantau secara tegas. Islam yang syumul telah dijadikan instrumen bertujuan meraih pengaruh dan mendapatkan kuasa sehingga ke peringkat sanggup berkompromi kepada perkaraperkara prinsip menyentuh akidah.


Fahaman dan tafsiran kepada ajaran Islam hanya berlegar dalam kelompok fahaman politik masing-masing. Kecenderungan pemikiran dalam berpolitik dengan hanya mengiakan apa sahaja keputusan yang dibuat oleh parti politik masing-masing telah memecahbelahkan umat Islam sendiri yang akhirnya telah menguntungkan golongan sekularisme dan liberalisme yang sentiasa menunggu peluang atas percakaran umat Islam itu sendiri.


IMPLIKASI SALAH TANGGAPAN TERHADAP ISLAM Jika Dibiarkan Berterusan


Kesan serangan pemikiran ideologi Barat telah mengakibatkan sistem nilai dan 

pemikiran serta cara hidup masyarakat Malaysia terutama remaja tersasar daripada norma-norma yang sepatutnya menjadi asas bagi  penggemblengan  peranan remaja secara agresif dalam masyarakat. Prof. Ulung Negara, Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Kamal bin Hassan menukilkan bahawa;
“Aliran-aliran yang ingin melemahkan pengaruh nilai-nilai budaya, agama dan moral tempatan itu dibawa masuk oleh unsur-unsur ekonomi kapitalistik tempatan atau antarabangsa yang mementingkan keuntungan kewangan semata-mata tanpa mempedulikan isu tanggungjawab sosial atau moral. Pelbagai saluran akan digunakan untuk mencapai matlamat ekonomi dan budaya bebas mereka, termasuk industri-industri pengiklanan, perfileman, fesyen, muzik, hiburan, pelancongan, media cetak, media elektronik dan Internet.”.
Pemikiran ekonomi kapitalisme yang hanya menitikberatkan keuntungan material pihak pemodal semata-mata tanpa memberikan perhatian kepada kemaslahatan masyarakat. 

Sebagai pemilik modal, mereka bebas melakukan apa sahaja sehingga sanggup 

merobek sistem keadilan/perundangan dan juga agama bagi memenuhi kehendak dan 
memperoleh keuntungan. 

Golongan ini sentiasa memperjuangkan kebebasan dari semua aspek termasuklah kebebasan dalam beragama, kebebasan dalam tingkah laku, kebebasan dalam menyuarakan pendapat, dan kebebasan dalam pemilikan harta berpandukan sistem kapitalis. 


Kelompok kapitalis ini juga tergamak melakukan manipulasi dan eksploitasi secara berleluasa melalui kegiatan perniagaan berasaskan seks, penipuan, pemerdagangan orang atau memperguna wanita-wanita yang terdesak dalam kehidupan materialistik 15 bagi mendapatkan keuntungan. 


Akibatnya, industri yang berasaskan seks bebas dan zina dipromosikan secara berleluasa termasuk mendirikan pusat-pusat hiburan dan maksiat yang menjadikan remaja wanita sebagai alat tarikan pelanggan seperti GRO, pelayan, teman sosial malah sebagai pelacur. 


Secara umumnya kelompok kapitalis meraih keuntungan besar dengan tersebarnya  pengaruh fahaman liberalisme yang berkembang di negara ini yang telah meresap ke dalam semua bidang kehidupan seperti liberalisme ekonomi, budaya, politik, dan agama. Gerakan liberalisme ini memperjuangkan demokrasi, fahaman persamaan 

semua agama, fahaman persamaan hak antara lelaki dan perempuan serta 
mempromosikan kebebasan.

Sebagai contoh, golongan ini memperjuangkan hak kebebasan seks seperti lesbian dan homoseksual, hak untuk berpakaian secara menjolok mata dan bersosial secara terlampau, hak pengguguran anak selain penentangan  terhadap hukum dan undang-undang kekeluargaan Islam yang diperuntukkan di bawah undang-undang Syariah seperti poligami, pembahagian harta pusaka, kuasa talak dan sebagainya. 


Bagi merealisasikan keinginan mereka, golongan ini mentafsirkan hukum agama mengikut rasional akal dan realiti semasa. Mereka yang berpegang teguh pada agama dikatakan golongan fundamentalis yang kolot dan jumud kerana tidak mengikut peredaran masa.


Fahaman Liberalisme ini menegaskan kepentingan bahawa manusia mempunyai 

kebebasan diri  untuk menjalani kehidupan tanpa sebarang ikatan dengan sebarang 
bentuk tradisi, termasuk Tuhan dan agama.

Hal ini menjadikan manusia hidup tanpa garis panduan terhadap apa yang dilakukannya dan seterusnya mewujudkan pemikiran kontemporari yang meraikan kepelbagaian budaya, amalan dan prinsip. Interaksi global juga telah menyebabkan manusia menjadi objek konsumer yang diperdagangkan menerusi hedonisme anjuran Barat.


Secara dasarnya, globalisasi yang merupakan produk Liberalisme ini telah mencabul kedaulatan sesebuah negara dan bangsa sama ada dari segi agama, budaya, bahasa dan juga undang-undang.


Dalam era Liberalisme ini, struktur kehidupan sosial masyarakat telah banyak berubah. Budaya moden telah mempengaruhi tingkah laku dan cara berfikir termasuklah penghayatan terhadap ajaran agama.


Gaya hidup moden juga menjadikan sebilangan masyarakat bersikap individualistik, mengabaikan sikap kekeluargaan, kejiranan dan bermasyarakat serta tidak mengambil peduli terhadap gejala sosial yang berlaku di kawasan kejiranan dan tempat-tempat awam seperti jiran yang tinggal bersekedudukan, berkelakuan tidak sopan di tempat awam, berpakaian menjolok mata dan sebagainya. 


Tindakan oleh beberapa pertubuhan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) dengan 

sokongan kelompok politik yang mendesak Kerajaan supaya tidak menggunakan 
undang-undang bagi mengawal masalah keruntuhan akhlak di Negara ini telah 
membuka ruang yang lebih luas kepada berleluasanya aktiviti gejala sosial dan
eksploitasi wanita dalam  masyarakat yang tidak mencampuri  urusan peribadi orang 
lain. 

Peranan institusi agama sentiasa disekat dan dikritik hebat serta diletakkan di bawah pengaruh politik, sedangkan institusi agama bertanggungjawab terus kepada Sultan sebagai Ketua Agama. Keadaan ini mewujudkan sindrom takut dan bimbang di kalangan pihak berkuasa agama untuk menyusun langkah bagi memastikan prinsip dan nilai agama terus terpelihara. 


Pemikiran dan pendekatan sebegini adalah berpunca dari salah tanggapan yang 

meluas terhadap kedudukan Islam di Negara ini. Apa yang dikesalkan ialah golongan yang berpemikiran Liberal ini cukup berpengaruh dan sedang  giat  melebarkan pengaruh mereka di kalangan generasi muda yang berminat kepada agama. 

Dominasi golongan yang berpemikiran Liberal ini mempunyai agenda besar (grand design) untuk  menghakis pengaruh agama dalam aspek kenegaraan dan hidup bermasyarakat.


Kedudukan Islam sebagai agama Negara bukan sahaja dikesampingkan dengan 

merendahkan martabatnya kepada sekadar agama rasmi, malah gerakan untuk terus 
menghapuskan unsur-unsur pegangan kepada agama Islam juga sedang berlangsung dengan hebat. 

Kelompok Liberal ini bukan sahaja setakat cuba memperluaskan pengaruh mereka dalam politik malah mereka sering mencabar kedudukan agama Islam hingga ke peringkat Mahkamah tertinggi Negara menerusi kes-kes yang mereka wakili. 


Ternyata pemikiran Liberal ini bukan sahaja didokong oleh kelompok-kelompok kecil yang berpakaian sebagai NGO malah ia sudah berdiri teguh sebagai aliran politik sama ada dalam parti pemerintah atau pembangkang. 


KESIMPULAN: 


Adalah dijangkakan sekiranya semua salah tanggapan  terhadap kedudukan Islam 

dalam Perlembagaan Persekutuan tidak diislahkan secara menyeluruh dan berkesan, agama Islam akan menjadi amalan  ritual  yang berpusat di masjid-masjid dan tanah perkuburan sahaja. 

Pada hari ini fahaman sebegini sudah menular dengan luas di kalangan umat Islam sendiri. Malah tanggapan  negatif  terhadap institusi agama semakin meluas di kalangan generasi muda negara.  


Jika  ditafsirkan dengan betul, Perlembagaan Persekutuan bukan hanya memberikan laluan untuk negara ini ditadbir menurut prinsip Islam, malah ia adalah suatu kewajipan. Sebaliknya jika ditafsir secara liberal, liberallah jadinya Negara ini, terhakislah Islam yang selama ini menjadi identiti umat dan masyarakat Melayu Nusantara. 


Seterusnya marilah sama-sama kita merenung kembali titah ucapan Pemangku Raja Perak, DYTM Raja Nazrin Shah ketika menyampaikan Titah Diraja sempena Kongres Majlis Agama Islam seluruh Malaysia pada 26 September 2011 di Dewan Merdeka PWTC. 


Dengan nada yang sebak, Baginda telah menzahirkan kebimbangan jika Islam 

tidak dipertahankan dan dibiarkan lenyap dari arus pemerintahan negara. 


“Betapa status Islam dan nasib malang yang bakal dihadapi ummah jika institusi Raja, dan kerajaan pilihan rakyat yang berkuasa pada suatu hari nanti, berpegang kepada doktrin pemerintahan, bahawa agama adalah urusan individu. Agama adalah di luar bidang tanggungjawab negara. 
Akan berkelanalah ummah, masjid Ubudiah,(begitu juga masjid-masjid lain), mungkin bertukar menjadi muzium, tempat para pelancong dimaklumkan bahawa disuatu masa dahulu, bangunan yang begini cantik seni binanya, adalah tempat pengikut ajaran Muhammad menunaikan sembahyang. 
Barang dijauhkan ALLAH dari berlakunya senario menyayat hati itu. Untuk itu Kuasa Raja Melayu dalam urusan Agama Islam dan Institusi Islam sangat perlu dipertahan dan diperkukuhkan, demi memastikan Islam terus kekal menjadi identiti negara. 
Senario yang berlaku di serata dunia menunjukkan hanya negara yang masih memiliki sistem pemerintahan beraja yang dapat meletakkan Islam sebagai agama Negara”

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..