Berbelas juta peruntukan segera untuk SJKC sejak beberapa PRK yang lalu untuk mereka yang menghina pemimpin Melayu. |
Asal ada Pilihanraya Kecil sahaja, Mahyuddin mesti keluarkan berjuta-juta Ringgit Malaysia dari perbendaharaan negara khusus untuk kaum Cina. Tak perlu rasanya YPS menulis PRK mana, rasanya semua mengetahui perkara ini.
Terkini, 4 buah sekolah jenis kebangsaan Cina mendapat imbuhan seperti berikut;
SJKC Aik Min – RM1 juta
SJKC Peh Wah – RM50,000
SJKC Yok Meng – RM750,000
Tabung Pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Limau – RM200,000.
Ucapan Muhyiddin:
PRK anggap ini amat bermakna bagi BN.
Kita mahu meletakkan calon kita, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim. Minta sokongan agar beliau boleh jadi wakil rakyat.
Walaupun Sungai Limau kawasan kampung tetap mahu pembangunan supaya hidup lebih senang.
Calon ini boleh memudahkan rakyat antaranya membantu sekolah Cina sebanyak 3 buah tidak ada masalah.
Baru-baru ini dalam bajet 2014, Perdana Menteri sebut mengenai tambahan peruntukan RM50 juta kepada pendidikan.
Kalau kerajaan BN tak bertanggungjawab tentulah tak bantu sekolah Cina dan tutup.
Dong Zhong hentam saya, kata saya mahu tutup sekolah Cina. Mana ada. Di Kuala Lumpur kata mahu tutup SKJC Damansara sebab kecil. Kita buat sekolah baru, sekolah lama tetap buka.
SJKC dan SJKT tetap akan buka. Kenapa Dong Zhong nak marah? Dia kata kerajaan mahu hapuskan Bahasa Cina kerana tambah sedikit masa Bahasa Melayu. Dia marah. Apa salahnya ini Malaysia, kita kena cakap semua bahasa.
Dong Zhong hentam kita, MCA, Gerakan macam kita tidak betul. Kita bantu semua tak ada masalah.
Kita kena tolong, orang Melayu pun miskin. Saya TPM mahu melihat Malaysia jadi maju. Kita kena bantu semua.[Utusan Malaysia]
Bagi YPS, lebih berkat jumlah wang yang besar itu kita habiskan untuk pembangunan Melayu Islam di DUN Sungai Limau tersebut.
Walaupun keputusan PRK nanti tidak berpihak kepada BN, sekurang-kurangnya Allah merahmati kita kerana bermurah hati membantu sesama Muslim. Kita tunggu dan lihat keputusan pada 4hb November nanti.
Apakah dengan peruntukan RM2 juta mampu membuka hati pengundi Cina untuk mengundi Barisan Nasional???
Statistik pengundi DUN Kawasan Sungai Limau;
Jumlah Pengundi - 27,222 orang
Melayu - 93.03 %
Cina - 6.76 %
India - 0.06 %
Lain-lain - 0.15%
Just Wait & See...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.