Isnin, 28 Oktober 2013

#PRKSgLimau: NAIB KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA GEMPUR DUN SG LIMAU @azwanbro




Beberapa hari setelah disahkan memenangi Pemilihan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Saudara Khairul Azwan Harun atau lebih dikenali dengan panggilan AzwanBro turun bersama Jentera Gerak Gempur Pemuda UMNO Malaysia bagi membantu kempen Barisan Nasional di Pilihanraya Kecil N20 DUN Kawasan Sungai Limau.

Seperti kita sedia maklum, Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau diadakan berikutan kematian Tan Sri Azizan Razak yang merupakan penyandang bagi kerusi itu sejak 1995.


Kehadiran AzwanBro selaku Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru membangkitkan semangat Jentera Gerak Gempur Pemuda BN Malaysia yang telah sedia berada di DUN Sg Limau sejak dari hari penamaan calon pada 23 Oktober lalu.

Setibanya di DUN Sg Limau, Azwanbro terus memulakan kempen dengan mengunjungi setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) bagi bertemu pengundi-pengundi khususnya pengundi muda.
Dalam setiap pertemuan, beliau turut membuka ruang sesi soal jawab bagi mengenalpasti isu-isu berkaitan gerak kerja kempen.

Kehadiran pengundi-pengundi yang memberangsangkan serta semangat yang ditunjukkan, Azwan yakin kemenangan akan berpihak kepada calon Barisan Nasional.

DUN Sungai Limau merupakan kubu kuat PAS selepas DUN Tokai. Terletak di bawah Parlimen Jerai dan mempunyai 27,222 pemilih berdaftar dengan 30 peratus daripadanya adalah pengundi muda.

BN diwakili bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Shuhaimi Lazim, 52 tahun yang juga merupakan AJK UMNO Bahagian Jerai.

Manakala PAS diwakili Ketua Pemuda PAS Jerai, Mohd Azam Samat, berusia 37 tahun yang juga Pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam Kedah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..