Selasa, 1 Oktober 2013

KENALI @azwanbro: PEMUDA BN PERAK ANJUR PROGRAM UNTUK GOLONGAN MUDA CEBURI BIDANG AUTOMOTIF #SLAA #ZuriatUMNO #OneBro4NKP


Majlis Penyerahan Sijil Pentauliahan Pusat Kemahiran oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Datuk Ahmad Shalimin Ahamad Shaffie.


Awal Januari yang lalu, Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Perak dan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBU) telah menjalinkan kerjasama bersama DRB-HICOM bagi melatih golongan belia dalam bidang automatif menerusi Skim Latihan Automotif Amanjaya (SLAA)

PEMUDA Barisan Nasional (BN) Perak yang menjadi 'jambatan' kepada aspirasi golongan muda khususnya belia di negeri ini dan berusaha menarik mereka untuk menceburi dalam bidang automatif.

Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Khairul Azwan Harun berkata, "Pemuda BN Perak akan menjadi `jambatan' kepada aspirasi golongan belia di negeri ini dan mensasarkan seramai mungkin golongan belia untuk menceburi bidang automatif." 

Seramai 11 pengusaha bengkel dan 30 peserta bengkel di bawah program SLAA menerima sijil pentauliahan yang disampaikan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Datuk Ahmad Shalimin Ahamad Shaffie.

Khairul Azwan yang juga Timbalan Pengerusi YBUDR berkata, menerusi SLAA ini, pihaknya mensasarkan sekurang-kurang 40 peserta menyertai setiap sesi latihan yang dijalankan.

"Setiap peserta akan mengikuti program tersebut selama enam bulan yang ditaja oleh pengusaha-pengusaha bengkel dibawah seliaan YBU.

"Kita Pemuda BN Perak menganggap SLAA ini sebagai amat penting dalam memberi peluang dan ruang kepada golongan belia di Negeri Perak mengikuti latihan automotif secara lebih mendalam,'' katanya.

Menurutnya, peserta bukan sahaja mempelajari selok-belok ilmu membaiki kereta malah berpeluang mencipta sesuatu kelainan dalam memenuhi kehendak industri automotif.


Kerjasama yang diberikan konglomerat terkemuka, DRB-Hicom melalui subsidiarinya, Proton, dalam melaksanakan program tersebut merupakan satu pengiktirafan terhadap inisiatif tersebut dan para pelatih SLAA akan mendapat pentauliahan daripada syarikat terbabit.

“Pada masa sama kita berharap kerjasama itu akan memberi peluang kepada pelatih menjalankan latihan intensif di semua pusat servis Proton milik DRB-Hicom,” katanya.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Datuk Ahmad Shalimin Shaffie berkata, kerjasama di bawah program Skim Latihan Automotif Amanjaya (SLAA) itu diyakini mampu memberi impak positif dalam menentu hala tuju kerjaya dan masa depan belia.

Program ini dapat membantu melahirkan ramai golongan belia menjadi tenaga mahir dalam industri automotif. Ia selaras dengan inisiatif kerajaan yang mahu menjadikan Perak sebagai hub negeri automotif.

SLAA terbuka kepada belia berusia 17 hingga 35 tahun dengan syarat minimum boleh membaca dan menulis selain tidak buta warna dan tiada kecacatan anggota badan.

Kepada golongan muda yang berminat untuk menceburi bidang automotif, pelbagai insentif menarik disediakan di bawah program SLAA ini. Jangan lepaskan peluang anda. 


Sebarang pertanyaan hubungi; 
Sekretariat SLAA 
Tingkat 2, D-2-1, Greentown Square, 
Jalan Datuk Seri Ahmad Said, 30450 Ipoh.
Tel - 05-255 5945



Atau klik  SLAA


BENGKEL AZALAN WORKSHOP di Kg Baru Ayer Hitam, Teluk Intan mempunyai peralatan secukupnya untuk melatih pelatih program SLAA sepanjang tempoh latihan.

AZALAN (kiri) menunjukkan cara mencuci enjin kepada salah seorang pelatih SLAA di bengkelnya di Teluk Intan

YPS ~ Ini merupakan satu lagi inisiatif @AzwanBro dalam membina masa depan golongan muda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..