Azwan menyerahkan Surat Penubuhan Kelab UMNO Luar Negara Philadelphia, Saudara Bob di Amerika Syarikat. |
Azwan yang berada di Amerika syarikat bagi menghadiri ‘Leadership Course’ di Kennedy School of Government, Harvard University mewakili Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Khas Pelajar Luar Negara (JHEKPLN) Dato' Seri Shabery Cheek menyerahkan surat penubuhan kelab tersebut kepada ketua penajanya dalam satu majlis ramah mesra di Philadelphia.
Tujuan penubuhan KULN ini adalah untuk menyatukan masyarakat Melayu dan para pelajar yang bermastautin di pelbagai negara seluruh dunia.
Azwan bertemu dan beramah mesra bersama ahli-ahli Kelab UMNO Luar Negara New York di Amerika Syarikat. KULN New York dipercayai kelab UMNO pertama ditubuhkan pada tahun 1956. |
Bagaimanapun sejarah penubuhan Kelab UMNO yang terawal didokumentasikan dengan terperinci dikenalpasti mula bergerak aktif secara sistematik di United Kingdom pada tahun 1968.
Bermula dari tahun tersebut, Kelab-Kelab UMNO Luar Negara mula bertambah dan berkembang pula ke negara-negara lain dengan matlamat dan tujuan sebagai pusat tumpuan pelajar serta masyarakat Melayu.
Berikutan pertambahan KULN, UMNO telah memberikan tanggungjawab seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi untuk memantaunya di bawah Jawatankuasa Hal Ehwal Khas Pelajar Luar Negara.
Pada mulanya Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob.
Selepas itu, jawatan tersebut disandang oleh Dato’ Seri Mohd Shafie Haji Apdal, dan kini Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek.
Kelab UMNO kini mencapai jumlah melebihi 70 kelab yang meliputi 18 negara di seluruh dunia mewakili lebih dari 15,000 ahli UMNO berdaftar.
Malahan banyak lagi Kelab UMNO telah membuat permohonan penubuhan khususnya di Eropah seperti di Jerman, Perancis, Switzerland dan di mana sahaja adanya ramai pelajar Melayu sejak kebelakangan ini
Ia jelas satu perkembangan mantap keyakinan umat Melayu terhadap UMNO bukan sahaja dalam negara tetapi juga mereka yang berada di luar negera.
Malah, pada hari ini KULN mempunyai Sekretariatnya sendiri untuk menguruskan kegiatan Kelab-Kelab UMNO di seluruh dunia yang berpejabat di Suite 3.2, Aras 5 Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur.
Ia juga kini telah dibentuk dengan lebih sistematik mengikut zon-zonnya tersendiri bagi memudahkan pengawasan dan penyaluran maklumat yang berkesan serta bersepadu.
Azwan beramah mesra bersama pelajar-pelajar Malaysia di Amerika Syarikat. Hadir sama mengiringi beliau EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Saudara Armand dan Saudara Ibdil. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.