Misi yang diketuai oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun tiba di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Tengku Indra Petra, Gua Musang sekitar jam 9.30 malam dan terus melawat mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan tersebut.
Biarpun banjir telah surut, mangsa-mangsa masih berada di pusat pemindahan berikutan kediaman mereka kebanyakannya musnah akibat banjir yang direkodkan sebagai paling buruk pernah melanda negeri itu.
Azwan di Pusat Pemindahan Sementara SMK Tengku Indra Petra, Gua Musang. |
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang Sheikh Razali Sheikh Hamad turut meluangkan masa menyambut kedatangan Azwan dan pasukan sukarelawan.
Azwan meriba anak mangsa banjir ketika berkunjung ke kediaman mangsa. |
Dibawah kendalian Biro Keselamatan Awam Pemuda UMNO Malaysia, Squad Cuci melibatkan penyertaan sukarelawan dari kalangan ahli Pemuda UMNO dan pelbagai badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain. Baca di SINI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.