Jelajah Bantuan Pasca Banjir Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) ke pantai timur diteruskan, hari ini mereka berada di Pahang Darul Makmur.
Selepas seharian berada di Kelantan, Skuad Sukarelawan Pemuda UMNO yang diketuai oleh Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun tiba di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Penjara Penor, Kuantan, malam semalam.
Beliau meluangkan masa beramah mesra dengan 473 mangsa-mangsa banjir dari 120 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan tersebut akibat kediaman mereka ditenggelami air limpahan Sungai Pahang sejak 12 hari yang lalu.
Awal pagi, pasukan sukarelawan bergerak ke SMK Peramu Jaya, Pekan melalui jalanraya yang masih ditutup kepada kenderaan kecil.
Azwan turut makan tengahari bersama-sama dengan mangsa-mangsa di pusat pemindahan berkenaan.
Selesai di Pekan, mereka berkunjung ke PPS SMK Kuala Krau sebelum ke Bera untuk menyempurnakan misi kemanusian bantuan pasca banjir di negeri Pahang.
Ketika berada di Bera, beliau sempat mengunjungi beberapa kediaman serta sangkar ikan yang diusahakan oleh penduduk kampung, yang turut terjejas akibat banjir.
Seperti dalam kunjungan di Kelantan, beliau turut menyerahkan sumbangan bantuan bahan asas makanan dan alat tulis bagi meringankan beban mereka.
Pengerusi Biro Pertanian dan Asas Tani Datuk Mukhriz Ahmad Fuad serta kepimpinan Pemuda UMNO Negeri Pahang turut menyambut kehadiran dan mengiringi Pasukan Sukarelawan Bantuan Pasca Banjir Pemuda UMNO Malaysia ke pusat-pusat pemindahan terbabit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.