Ahad, 25 Januari 2015

TheBosGaurus, #UPSI & #IPG Sertai #TransformasiPascaBanjir #YTPS di Kg Gajah @azwanbro @ZambryAbdKadir @Pafanews


[KEMASKINI] - Yayasan Transformasi Pasir Salak (YTPS) buat kali keduanya meneruskan program Transformasi Pasca Banjir dengan bertindak menghantar pasukan sukarelawan mereka untuk membantu mangsa-mangsa banjir membersih kesan lumpur di beberapa premis kediaman serta bangunan Masjid, Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Surau di Kg Pulau Besar, Kampung Gajah, semalam.



Pengerusinya Khairul Azwan Harun berkata, YTPS bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa-mangsa banjir dan atas rasa keprihatinan, program Transformasi Pasca Banjir diteruskan bagi meringankan beban mereka.



"Untuk program Transformasi Pasca Banjir kali ini, YTPS bekerjasama dengan pemain-pemain bola sepak Liga Super negeri Perak serta sukarelawan dari UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris) dan IPG (Institut Pendidikan Guru) Kampus Ipoh.

Selain itu, program pasca banjir anjuran YTPS ini mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Lembaga Air Perak (LAP).



Pihak Bomba menyediakan 2 buah jentera dan anggota mereka, manakala LAP menyediakan 2 tangki air bersih bagi melicinkan kerja-kerja pembersihan.

Sebagai hos program, YTPS memecahkan sukarelawan kepada beberapa kumpulan agar lebih banyak premis dapat dibersihkan untuk program sehari itu.

Selain itu, pihak YTPS turut menyediakan makan tengahari kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program tersebut.



Hadir sama, Pengerus. Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri Perak YB Dato' Zainol Fadzi Paharuddin, Timbalan Pengerusi YTPS Ramelle Ashram Tan Sri Ramli dan Jurulatih The Bos Gaurus Dato M. Karathu.

Azwan yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ramli Mohamed selaku Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pulau Besar kerana membenarkan YTPS mengadakan program pasca banjir di kampung berkenaan.

"Selaku Pengerusi YTPS, saya mengucapkan terima kasih kepada Dato M. Karathu serta pemain-pemain bolasepak The Bos Gaurus, sukarelawan UPSI dan IPG, pihak BOMBA dan LAP kerana membantu menjayakan program pasca banjir kali ini," ujar Azwan.

Pada Sabtu minggu lalu, sukarelawan YTPS turun padang membersihkan Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Panjang Ulu yang memulakan penggal pertama persekolahan setelah ditangguhkan selama seminggu akibat banjir.

YTPS turut memberi sumbangan beg sekolah serta set alat tulis kepada 150 murid-murid sekolah tersebut bagi meringankan beban ibubapa mereka. Baca Di SINI.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..