Pengerusi YTPS, Khairul Azwan Harun bersama Timbalannya Ramelle Ashram Tan Sri Ramli buat kali kelima menggerakkan sukarelawan mereka untuk terus membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir khususnya penduduk yang kekal berada di kediaman masing-masing ketika air menenggelamkan sebahagian besar kawasan mereka.
Penaung YTPS, YB Dato' Haji Zainol Fadzi Paharuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air turut bersama sukarelawan mengedarkan bungkusan bantuan bermula di Kampung Teluk Memali, Pulau Besar dan Kuala Kinte sebelum bergerak ke Zon Kampung Gajah Kiri.
Konvoi YTPS seramai 40 orang sukarelawan terpaksa menggunakan kenderaan pacuan 4 roda untuk memasuki kampung-kampung yang terlibat memandangkan laluan masuk masih ditenggelami air.
Biarpun banjir di beberapa kampung yang terjejas telah mulai surut namun bagi penduduk Kampung Pasir Garam, Pasir Kubu, Pulau Tiga Kiri, Sejagop dan juga Sungai Ranggam, air masih lagi menenggelami sebahagian dari kediaman penduduk kampung.
Ketua Cawangan Pulau Tiga Kiri, Mohd Aznam Mohd Suki berkata, hampir semua penduduk kampung terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara kerana kebanyakan rumah dimasuki air terutamanya mereka yang memiliki rumah setingkat dan warga emas.
Usaha memindahkan mangsa juga mengalami kesukaran apabila jalanraya ditenggelami limpahan air sungai dalam masa yang singkat.
Penduduk mengalami banyak kerugian setelah segala tanaman musnah akibat terendam di dalam air untuk tempoh lama selain beberapa kenderaan milik mangsa juga gagal dibawa keluar.
Selesai penyerahan di zon Kampung Gajah Kiri, sukarelawan bergerak ke Kampung Sejagop di Zon Anak Sungai untuk meneruskan misi bantuan.
Apa yang menyedihkan, terdapat beberapa keluarga mangsa banjir tinggal di dalam khemah di pinggir jalan Teluk Intan - Manjung kerana rumah mereka terendam di dalam air yang tidak mengalir.
Mereka antara keluarga yang tidak mahu berpindah ke PPS SK Sungai Ranggam kerana bimbang kediaman mereka dimasuki pencuri yang mengambil kesempatan memecah masuk rumah penduduk yang berpindah.
Disebabkan air banjir tidak boleh mengalir, (berpunca dari kedudukan kampung tersebut jauh dari sungai) maka air yang bertakung bertukar menjadi hitam dan berbau kurang menyenangkan.
Pihak YTPS mendoakan semoga bencana banjir di seluruh negara termasuk di DUN Kampung Gajah agar segera berakhir sekaligus menamatkan penderitaan mangsa-mangsa banjir.
YTPS akan terus merancang program-program bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di DUN Kampung Gajah.
Selain itu, sukarelawan YTPS akan turut menyertai sebarang program misi bantuan kemanusiaan yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ke negeri lain seperti yang telah dilakukan sebelum ini khususnya di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Baca misi bantuan YTPS di Kg Gajah - SINI,
juga di Kg Gajah - SINI,
bersama PPUM di Kuala Kangsar - SINI,
bersama PPUM di Kelantan - SINI,
bersama PPUM di Pahang - SINI dan bersama dgn Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil & Nibong Tebal di Kg Gajah - SINI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.