Isnin, 26 Januari 2015

YTPS Hulur Bantuan Beg Sekolah Kpd 1000 Murid Parlimen #PasirSalak - @Azwanbro @ZainolFadzi @ZambryAbdKadir



Dalam usaha untuk mengurangkan beban ibu bapa dalam mempersiapkan kelengkapan anak-anak memulakan sesi persekolahan baharu, Yayasan Transformasi Pasir Salak telah mengadakan Program Kembali Ke Sekolah 2015 melibatkan 1,000 murid di Parlimen Pasir Salak.

Menerusi program itu, YTPS menyumbangkan 1000 beg sekolah kepada murid-murid mengikut pecahan zon di kawasan Parlimen Pasir Salak.

Sebanyak 300 beg sekolah disumbangkan kepada 2 Zon (Sungai Manik dan Labu Kubong) di DUN Sungai Manik sementara 700 beg lagi disumbangkan kepada murid-murid yang bersekolah di Zon Kampung Gajah dan Anak Sungai bagi DUN Kampung Gajah.

Pengerusi YTPS Khairul Azwan Harun berkata, program itu dilaksanakan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga murid terbabit dalam menampung kos persekolahan anak-anak mereka.

Beliau berkata, program itu sebagai tanda keprihatinan YTPS kepada penduduk di Parlimen Pasir Salak khususnya kepada ibu bapa yang kurang berkemampuan.

Sesuai dengan matlamat penubuhan YTPS, peranan dan tanggungjawab kami adalah untuk menjadi pelengkap kepada wakil-wakil rakyat dalam membela nasib rakyat di kawasan Parlimen Pasir Salak.

“Kewujudan YTPS bukan untuk menyaingi mana-mana pihak samada wakil rakyat DUN mahupun Parlimen malah YTPS menyokong penuh kepimpinan mereka

Azwan selaku Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sedar akan peranan wakil rakyat sedia ada adalah besar, justeru beliau bersama YB Dato' Zainol Fadzi dan Ramelle Ashram Tan Sri Ramli menubuhkan sebuah yayasan bagi membantu rakyat yang benar-benar memerlukan bantuan.

Menurutnya lagi, YTPS diilhamkan sendiri penubuhannya oleh ADUN Sg Manik YB Dato' Zainol Fadzi Paharuddin selaku Penasihat dan Penaung YTPS.

Selaku wakil rakyat, Dato' Zainol mengakui yang ada ketikanya, permohonan penduduk di kawasan beliau melebihi peruntukan yang disediakan oleh kerajaan negeri.

"Untuk membantu memenuhi kehendak dan keperluan rakyat khususnya di Parlimen Pasir Salak maka kami menubuhkan sebuah yayasan yang telah diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia(ROS) dinamakan Yayasan Transformasi Pasir Salak,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan sumbangan tersebut di Dewan Orang Ramai, Sungai Lampam, semalam.

Majlis penyerahan beg sekolah ini merupakan program ketiga diadakan, kerana pada minggu lalu YTPS telah menyempurnakan 2 majlis penyerahan beg kepada 300 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Balun Bidai dan SK Pasir Panjang Ulu, Kg Gajah.

"Program ini adalah program ketiga dianjurkan oleh YTPS bertujuan meringankan beban ibubapa yang kurang berkemampuan terutamanya kepada mangsa-mangsa banjir dan akan diteruskan pada masa akan datang," ujarnya.

Hadir sama dan turut sama menyampaikan sumbangan kepada pelajar adalah YB Dato' Zainol Fadzi Paharuddin dan Timbalan Pengerusi YTPS Ramelle Ashram Tan Sri Ramli.

Klik SINI untuk foto program di atas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..