Isnin, 5 Januari 2015

#BanjirMove: Lebih 3000 Sukarelawan Bantuan #PascaBanjir #PemudaUMNO Sedia Digerakkan - NKPUM @azwanbro @NajibRazak @KhairyKJ #SquadCuci




KUALA KANGSAR (4 Jan) - Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) melancarkan #squadcuci, pasukan sukarelawan bantuan pasca banjir mereka dalam usaha meringankan beban mangsa banjir yang telah dibenarkan pulang setelah air mulai surut.

Dibawah kendalian Biro Keselamatan Awam PPUM, squad cuci yang dianggotai oleh ahli beberapa NGO (pertubuhan bukan kerajaan) tersebut memulakan tugas mereka di Kuala Kangsar, Perak.

Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun berkata, gerak kerja pasca banjir yang dimulakan di Kuala Kangsar tersebut melibatkan hampir 1000 orang sukarelawan dari pelbagai NGO termasuk ahli pemuda UMNO dan Barisan Nasional (BN) sendiri.

Tambah beliau, program bantuan pasca banjir itu juga akan berterusan dan mulai esok (hari ini) Pemuda UMNO akan bergerak ke negeri pantai timur dengan membawa kelengkapan peralatan beserta sukarelawan bagi membantu kerja-kerja pembersihan pasca banjir.

"Esok (5hb Jan) kita akan bergerak ke pantai timur terutamanya negeri Kelantan, negeri Terengganu dan sebahagian besar daripada negeri Pahang dengan membawa alatan mencuci bagi pasca banjir," katanya.

Menurutnya, Pemuda UMNO Malaysia telah menyenaraikan lebih dari 3000 orang sukarelawan pasca banjir dari kalangan ahli Pergerakan Pemuda UMNO serta NGO-NGO yang telah menawarkan diri.

"Kita dah ada dalam senarai lebih 3000 orang sukarelawan untuk bergerak kesemua kawasan yang terjejas dengan banjir, yang kini telah mulai surut dan mangsa-mangsa sudah pulang ke rumah," katanya kepada pemberita selepas program pasca banjir di Kuala Kangsar, di sini, semalam.

Azwan turut menyeru agar seluruh rakyat Malaysia terutamanya generasi muda untuk turut menyertai gerakan sukarelawan pasca banjir dalam membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir.

"Saya minta perhatian dari seluruh rakyat Malaysia terutamanya generasi muda Malaysia, marilah gunakan peluang dan ruang untuk kita menunjukkan semangat kesukarelawan yang tinggi dengan membantu gerakan-gerakan NGO termasuk yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO Malaysia dan Pemuda BN untuk bantu mangsa-mangsa banjir," ujarnya.

Hadir sama, Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Hairul Anuar Mohd Nor, Pengerusi Biro Keselamatan Awam PPUM, Muammar Gadaffi Jamal Jamaluddin dan Pengerusi Biro Tugas Khas PPUM, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi.

Antara NGO negeri Perak yang terlibat dengan program bantuan pasca banjir anjuran Pemuda UMNO Malaysia adalah;


  • Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR),
  • Yayasan Transformasi Pasir Salak (YTPS) dan,
  • Barisan Nasional Volunteer Youth (BNYV) Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..