Jumaat, 8 Ogos 2014

Dato' @zainolfadzi & #YayasanTransformasiPasirSalak Ziarah Anak Mangsa Kemalangan @zambryabdkadir @azwanbro #ZiarahPrihatin #YTPS


Ahad lalu, kita dikejutkan dengan kisah kemalangan ngeri yang meragut 4 nyawa termasuk sepasang suami isteri yang berasal dari Changkat Lada. Baca di Utusan Malaysia.

Kemalangan yang berlaku jam 12.05 tengah malam tersebut berlaku di Kilometer 44 Jalan Teluk Intan Sitiawan melibatkan 2 buah kenderaan dari model yang sama iaitu Perodua Kancil.

Arwah Mohd Amin Mat Yusuf, 52, dan Norkhaijan Tukiran, 43, meninggalkan 5 orang anak Nur Isma, 24, Asmawi, 22, Nurul Jannah, 19, Mohamad Wafiy, 17, dan Mohamad Haziq, 6 tahun yang turut terlibat dalam nahas tersebut tetapi hanya cedera ringan.

Atas rasa keprihatin, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak YB Dato' Zainol Fadzi Paharuddin bersama ahli Yayasan Transformasi Pasir Salak (YTPS) hadir mengunjungi anak-anak mangsa di kediaman mereka di Taman Changkat Lada Raya pada jam 5.30 petang tadi.

Dalam kunjungan tersebut, Dato' Zainol Fadzi turut menyampaikan sumbangan bagi pihak Kerajaan Negeri Perak.

Menurut Dato' Zainol Fadzi, Menteri Besar YAB Dato Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak turut merakamkan ucapan takziah kepada anak-anak serta keluarga mangsa.

"YAB Dato' Seri Zambry mengetahui kisah kemalangan tersebut melalui media cetak dan bersimpati dengan apa yang telah terjadi.

"Selain dari sumbangan yang disampaikan, Kerajaan Negeri Perak akan cuba membantu khususnya menyediakan keperluan anak-anak mangsa yang masih belajar," tambah Dato' Zainol lagi.

Pengerusi YTPS Khairul Azwan Harun tidak dapat bersama dalam kunjungan tersebut kerana merasmikan Persidangan Serentak Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Merbok di Kedah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..