Dua Ahli Dewan Undangan (ADUN) PAS yang menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah iaitu ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin diberi masa 24 jam untuk menarik kenyataan mereka menyokong ADUN Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu.
Tindakan dua ADUN itu disifatkan sangat serius sekali gus melanggar arahan dan tatacara parti.
Berikut adalah kenyataan penuh daripada Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman:
PAS Selangor memandang serius tindakan ADUN PAS yang telah mengambil pendirian dan sikap bersendiri tanpa menurut tatacara dan arahan yang telah di tetapkan oleh parti.
"Tindakan 2 ADUN PAS di Selangor yang membelakangi pendirian parti amatlah serious dan kita akan bertindak"
PAS Selangor memberi tempoh 24 jam untuk menarik balik pendirian dan tindakan yang di buat atau menghadapi konsekuansi tindakan.
PAS mempunyai organisasi negeri, kepimpinan pusat dan Majlis Syura Ulamak yang harus kita patuh.
"Mengapa terlalu gopoh dan terlalu taksub sehingga parti di belakangkan. Bukankah PAS Pusat akan bermesyuarat pada 17 Ogos ini?
"Kita akan patuh apa jua keputusan dan ketetapan yang akan dibuat oleh PAS Pusat pada 17 Ogos ini. Sebab itu sabar.
"Saya nasihati kedua ADUN ini menarik balik tindakan atau PAS Selangor akan mulakan tindakan disiplin termasuk melihat kepada kandungan baiah yang telah di lafazkan sewaktu menjadi calon.
Arahan dari Pesuruhjaya adalah tumpu kepada pentadbiran kerajaan negeri sebagaimana yang diarahkan oleh parti.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Mohd Khairuddin Othman adalah Setiausaha PAS Negeri Selangor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.