Selasa, 12 Ogos 2014

@Khalid_Ibrahim Pecat EXCO #PKR & #DAP, Sultan Selangor Tidak Mahu Campur Urusan #PKR


Terkini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat dua exco PKR dan tiga exco DAP kerana tidak bersetuju bersama pasukannya mentadbir negeri.

Abdul Khalid menyatakan, semua surat yang dihantar kepada lima exco itu berkuat kuasa serta merta.

Ujar Khalid, surat juga sudah dihantar kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang meminta supaya exco berkenaan tidak meneruskan kerja Kerajaan Negeri Selangor.

Bagaimanapun, Abdul Khalid menyatakan masih belum menulis surat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail kerana berada di luar negara.


Berikut senarai EXCO Selangor yang dipecat mengikut parti:

DISINGKIRKAN
DAP
1. TENG CHANG KHIM (PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP KERAJAAN TEMPATAN, KAJIAN & PENYELIDIKAN),
2. EAN YONG HIAN WAH, PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP PELABURAN, PERINDUSTRIAN & PERDAGANGAN, PEMBANGUNAN KAMPUNG BAHARU, PEMUTIHAN KILANG HARAM

PKR
1. RODZIAH BINTI ISMAIL, PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP KEBAJIKAN DAN HAL EHWAL WANITA
2. WONG KEAT PING @ ELIZABETH WONG, PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP PELANCONGAN, HAL EHWAL PENGGUNA DAN ALAM SEKITAR
3. DR. DAROYAH BINTI ALWI, PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP KESIHATAN, PEMBANGUNAN USAHAWAN, SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI
4. GANABATIRAU A/L VERAMAN, PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP PEKERJA LADANG, KEMISKINAN DAN KERAJAAN PRIHATIN

KEKAL
PAS
1. ISKANDAR BIN ABDUL SAMAD, (PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN & PENEROKA BANDAR)
2. DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI (PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP BELIA & SUKAN, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM)
3. DR. HALIMAH BINTI ALI, (PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP PENDIDIKAN & PENDIDIKAN TINGGI, PEMBANGUNAN MODAL INSAN)
4. SALLEHEN BIN MUKHYI (PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP HAL EHWAL ISLAM, PERMODENAN PERTANIAN, PEMBANGUNAN DESA)




Dalam masa yang sama, DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah, menolak untuk menerima mengadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor YBhg Dato' Munir Bani dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Dalam kenyataan akhbar tersebut, Dato' Munir mengesahkan bahawa pihak istana telah menerima surat yang telah ditandatangani oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memohon Presiden PKR menghadap DYMM Sultan Selangor bagi menjelaskan keputusan PKR.

DYMM Sultan Selangor semalam telah memperkenankan Tan Sri Khalid Ibrahim kekal meneruskan tugas sebagai Menteri Besar Selangor setelah baginda berpuashati dengan penjelasan yang diberikan Khalid.

Menurut Dato' Munir lagi, DYMM Sultan Selangor berpendapat pemecatan Khalid dari PKR merupakan isu dalaman PKR, dan baginda mengambil keputusan untuk tidak mencampuri urusan parti mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..