Azwan berucap dalam satu pertemuan bersama kepimpinan Pemuda UMNO Negeri Kelantan di Tumpat kelmarin. |
Pengarah Jentera Pilihanraya Pemuda BN, Khairul Azwan Harun berkata, Rosidi yang telah dua penggal menjadi Ketua Pemuda Bahagian itu merupakan anak tempatan di samping mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan, Azam Ismail dan Ketua Pemuda UMNO Bhgn Tumpat, Rosidi menyambut kunjungan Azwan ke Tumpat. |
Sehubungan itu, Azwan berpendapat sekiranya BN meletakkan calon muda, lebih mudah untuk mereka menarik sokongan pengundi muda di kawasan tersebut.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tumpat, Rosidi Mahmud Kamaruddin (berbaju hitam). |
"Pemuda UMNO Malaysia pada Mesyuarat EXCO Rabu lalu telah bersepakat untuk mencadangkan nama Rosidi sebagai calon PRK Pengkalan Kubor dan ianya telah diserahkan kepada pihak pengurusan tertinggi parti.
Azwan berkata, beberapa isu kebelakangan ini, seperti pergolakan di Selangor serba sedikit memberi kelebihan kepada Barisan Nasional untuk mempertahankan kerusi tersebut.
Azwan yang juga Alumni SMK Raja Permaisuri Bainun dijemput merasmi dan menyampaikan hadiah kecemerlangan sekolah berkenaan Jumaat lalu. |
Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong apabila penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia pada 20 Ogos lalu ketika menjalani rawatan penyakit barah yang dihadapinya di Guangzhou, China.
SPR telah mengumumkan bahawa 13 September ini sebagai tarikh penamaan calon manakala 25 September sebagai hari mengundi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.