Isnin, 17 November 2014

Ganti Subsidi Dengan Pindahan Tunai Bersasar - Tan Sri Nor Mohamed Hakcop

Subsidi minyak seharusnya digantikan secara berperingkat dengan pemindahan tunai bersasar untuk membantu golongan berpendapatan rendah, menurut kajian 'Keadaan Isi Rumah' Institut Penyelidikan Khazanah.

Pengerusinya Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, pemindahan tunai bersasar adalah lebih baik berbanding subsidi bersasar, yang penerima manfaatnya mungkin termasuk penyeludup, perniagaan dan yang kaya.

"Subsidi perlu disasarkan kepada rakyat Malaysia yang benar-benar layak, dan mekanisme seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dapat membantu," katanya kepada pemberita pada pelancaran hasil kajian itu di sini hari ini.

Kajian itu mendapati secara purata, setiap isi rumah menerima subsidi tahunan sebanyak RM625 setahun bagi elektrik dan RM885 setahun bagi minyak, bagaimanapun isi rumah berpendapatan tinggi menerima kira-kira 80 peratus daripada subsidi.

Laporan itu turut menyatakan bahawa subsidi regresif berikutan kebanyakan subsidi dinikmati perniagaan berbanding isi rumah. 

"Daripada isi rumah, kumpulan berpendapatan tinggi mendapat manfaat yang paling banyak -- isi rumah yang hanya mempunyai motorsikal dan kipas siling menikmati subsidi yang jauh lebih rendah berbanding isi rumah yang mempunyai beberapa kereta dan penghawa dingin di Damansara Heights," katanya. 

Ia mendapati nilai subsidi bagi 1,000 km ialah RM5 bagi sebuah motorsikal Honda EX5 berbanding RM22.50 bagi sebuah kereta mewah BMW 318.

Pengarah Urusan institut itu, Datuk Charon Mokhzani berkata, walaupun produktiviti tenaga kerja meningkat, gaji tidak meningkat seiring dengannya.    

"Ia merupakan tanda kurangnya kuasa penawaran buruh berkemahiran rendah dan terlalu bergantung kepada kos rendah sebagai kelebihan daya saing.

"Sebanyak 30 peratus daripada keluaran dalam negara kasar untuk gaji, manakala 67 peratus bagi keuntungan perniagaan," katanya. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..