Jumaat, 14 November 2014

Lawatan Kerja @Azwanbro ke Johor Sempena #KonvensyenUMNOJohor @NajibRazak @MuhyiddinYassin @KhairyKJ #BengkelOrangMuda #KataKita



Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun mengadakan lawatan kerja ke Johor Darul Takzim sempena Konvensyen UMNO Johor, yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini.


Memulakan lawatannya semalam, Azwan berkunjung ke Batu Pahat dan Parit Sulong bagi bertemu kepimpinan kedua-dua UMNO Bahagian yang merupakan bahagian angkat beliau selaku Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia.

Dalam pertemuan tersebut, Azwan diberi sedikit taklimat sebelum sesi dialog bersama dengan jawatankuasa UMNO Bahagian termasuk jawatankuasa Pemuda UMNO bahagian terbabit.


Destinasi seterusnya, Azwan mengadakan perjumpaan santai dan makan malam bersama kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Gelang Patah.

Pada sebelah malamnya, beliau bertemu ketua-ketua pemuda UMNO Bahagian seluruh negeri Johor di Restoran Singgah Selalu, Johor Bahru.

Hari pertama konvensyen, Azwan membentangkan kertas kerja pada sesi 'Bengkel Orang Muda' yang dihadiri oleh perwakilan 3 sayap UMNO di Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru.

Bersesuaian dengan matlamat konvensyen, kertas kerja beliau memberi fokus untuk memperkasakan golongan muda sebagai satu strategi dan persediaan UMNO menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke 14 nanti.

Azwan berucap dalam sesi pembentangan kertas kerja Bengkel Orang Muda sempena Konvensyen UMNO Johor di Johor Bahru.
Dalam usaha menarik pengundi muda memilih Barisan Nasional (BN) pada PRU akan datang serta selaras dengan transformasi yang disaran oleh Presiden UMNO, ahli parti perlu memiliki ciri-ciri realistik agar UMNO tidak dilihat sebagai sebuah parti retorik. - Azwanbro

Biarpun Johor dikenali sebagai negeri kelahiran UMNO, parti pembangkang sudah mula bergerak aktif dalam usaha mereka menawan negeri yang menjadi kubu kuat parti selama ini. 

Konvensyen yang bertemakan "Di Sini Lahirnya UMNO" menggunakan modul bengkel memfokuskan kepada tajuk berkaitan politik, ekonomi, pendidikan dan agama serta golongan muda.
    
Keempat-empat bengkel itu berlangsung serentak bermula dengan sesi pembentangan kertas kerja oleh beberapa penceramah terkemuka dalam bidang masing-masing.

Selain Azwan, penceramah lain yang terlibat adalah termasuk Prof Datuk Dr Sidek Baba, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki dan Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah.    

Konvensyen kali ini menjadi medan bagi mencari strategi untuk memperkukuhkan parti selain memberi input bagi menambah baik dasar-dasar kerajaan negeri dan Persekutuan.
    
Konvensyen dirasmikan oleh Presiden UMNO YAB Datuk Seri Najib Tun Razak serta turut dihadiri oleh Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..