Sabtu, 1 November 2014

@Azwanbro #YTPS Anjur Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat & Sumbangan Alat Tulis Utk Calon #SPM #STPM 2014 #ParlimenPasirSalak @zainolfadzi #PPDPerakTengah #DUNKgGajah. #DUNSgManik


Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 seluruh tanahair akan bermula pada Isnin 3hb November ini. 

Di Parlimen Pasir Salak terdapat seramai 1079 orang calon SPM dari 5 buah sekolah menengah manakala 186 orang pelajar Tingkatan 6 yang akan menduduki peperiksaan STPM bagi tahun 2014.

Yayasan Transformasi Pasir Salak (YTPS) sebagai sebuah NGO (pertubuhan bukan kerajaan) komited untuk melihat kesemua calon mencapai kejayaan cemerlang dalm kedua-dua peperiksaan tersebut.


Antara ibubapa serta pelajar yang turut sama membaca Surah Yassin dan solat berjemaah memohon doa untuk kejayaan calon SPM dan STPM di Surau SMKDML.
Untuk tujuan itu, YTPS melalui Sekretariat Pembangunan Modal Insannya menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan solat hajat bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Seri Maharaja Lela, Kampung Gajah bagi memohon doa kepada Allah SWT agar memberikan kejayaan kepada kesemua pelajar yang terbabit menduduki peperiksaan tersebut.

Program yang bermula dengan solat Maghrib berjemaah di Surau SMK Dato' Seri Maharaja Lela turut disertai oleh ibubapa selain calon-calon yang terlibat.

Majlis bacaan Yasin dan Solat berjemaah tersebut dipimpin oleh Imam Masjid Sultan Azlan Shah, Kampung Gajah Yang Berbahagia Tuan Haji Isa.

Berucap menyampaikan motivasi selepas selesai majlis berkenaan, Pengerusi YTPS Khairul Azwan Harun berkata, antara tujuan majlis bacaan yassin dan solat hajat ini dianjurkan adalah bertujuan mendoakan kejayaan calon-calon yang akan mengambil peperiksaan tersebut bermula Isnin depan.

"Selain ibubapa serta pendidik, Yayasan Transformasi sebagai sebuah NGO ingin melihat kejayaan pelajar ini kerana mereka merupakan pemimpin pelapis yang akan memimpin dan mentadbir negara pada satu hari nanti.

"Sebagai ibubapa, kita telah melakukan yang terbaik bermula menghantar anak-anak ke sekolah rendah dan kini memasuki sekolah menengah maka peperiksaan penting SPM ini merupakan penentu kemanakah arah tuju mereka selepas ini," katanya.

"Alhamdulillah, malam ini kita dapat sama-sama berjemaah dan berdoa kepada Allah SWT agar segala usaha kita dalam menunaikan kewajipan memberi pendidikan kepada anak-anak kita diberkati, semoga mereka dikurniakan kejayaan buat.

Azwan yang telah berjaya mendapat pendidikan di Cardiff University of Wales di United Kingdom menasihati pelajar-pelajar agar meletakkan satu cita-cita dalam hidup, dan jangan pernah menganggap cita-cita tersebut sesuatu yang mudah untuk dicapai.

"Untuk adik-adik yang akan menduduki peperiksaan penting ini sebelum melanjutkan pelajaran keperingkat lebih tinggi, letakkan satu cita-cita atau impian dalam hidup, anggap impian itu sesuatu yang sukar dan anda perlu berusaha gigih untuk mencapainya, " ujarnya lagi.


Sebelum ini, YTPS turut menyumbang set lengkap alat tulis kepada calon-calon peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) di 5 buah sekolah yang sama. Di SINI.

Selain beliau sendiri selaku Pengerusi, YTPS yang diterajui oleh YB Dato' Zainol Fadzi Paharuddin sebagai Penaung manakala Saudara Ramelle Ashram Tan Sri Ramli sebagai Timbalannya.

"YTPS ditubuhkan dengan hasrat murni membantu tugas-tugas wakil rakyat di kawasan Parlimen Pasir Salak dalam membela nasib rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manik dan Kampung Gajah, bukan niat kamk menyaingi mana-mana pihak," tegasnya.

Tambah beliau lagi, pendidikan merupakan antara fokus utama YTPS melalui Sekretariat Pembangunan Modal Insan yang dipengerusikan oleh Saudara Norashid Bidin yang cukup dikenali ramai khususnya warga pendidik.

Azwan yang juga mantan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak, sebenarnya bukanlah seorang yang asing bagi pelajar-pelajar mahupun warga pendidik dan ibubapa yang menghantar anak mereka belajar di SMK Dato' Seri Maharaja Lela.

Beliau telah beberapa kali hadir merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar di sekolah menengah berkenaan dan setiap kali hadir sebagai perasmi beliau akan menaikkan semangat pelajar dengan memberikan hadiah peribadi kepada pelajar yang cemerlang.


Menyampaikan sumbangan cek sebanyak RM5000 kepada YDP PIBG SMK Dato' Seri Maharaja Lela Zulkipli Zakaria.
Ketika menutup ucapannya, Azwan mengumumkan sumbangan sebanyak RM20 ribu untuk membaikpulih surau sekolah dan RM5000 untuk tabung Persatuan Ibubapa dan Guru SMKDSML.

Terdahulu, pada sebelah petang Azwan menyampaikan motivasi sebelum menyerahkan sumbangan set alat tulis kepada 155 orang calon SPM dan 145 calon STPM SMK Sultan Abdul Jalil Shah, Seberang Perak.


Pelajar Tingkatan 5 dan 6 sekolah tersebut dilihat tertarik dengan motivasi yang disampaikan oleh Azwan secara santai dan bersahaja di kantin sekolah berkenaan.

Beliau yang hari ini menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia berjaya meruntuhkan jurang diantara dirinya sebagai seorang pemimpin pusat dengan pelajar peringkat sekolah menengah.

Pelajar-pelajar tanpa segan silu bersoaljawab dan kelihatan mesra sepanjang sesi motivasi tersebut berjalan.

SMK Sultan Abdul Jalil Shah merupakan satu-satu sekolah yang mempunyai pelajar Tingkatan 6 di DUN Kampung Gajah dibawah pentadbiran PPD Perak Tengah.

Azwan turut meluluskan sejumlah peruntukan bagi kerja-kerja pendawaian dan pemasangan 12 buah kipas siling kantin sekolah tersebut yang sekian lama tidak memiliki kemudahan tersebut.


Pada sebelah pagi, delegasi YTPS yang diketuai oleh Naib Pengerusinya Zulkipli Zakaria mengunjungi 3 buah sekolah menengah kebangsaan di DUN Kg Gajah bagi menyampaikan ceramah motivasi dan sumbangan alat tulis kepada 224 calon SPM sekolah terbabit. Baca di SINI.

Bagi DUN Sungai Manik, sumbangan disampaikan oleh ADUN Sungai Manik YB Dato' Haji Zainol Fadzi Paharuddin melalui Pusat Khidmat DUN kepada 520 calon SPM dan 41 calon STPM.



Dato' Zainol yang juga EXCO Kerajaan Negeri bersama kakitangan Pusat Khidmat DUN berkunjung ke SMK Dato' Sagor (240 calon SPM), SMK Sungai Manik (76 calon SPM) dan SMK Sultan Abdullah (204 calon SPM & 41 calon STPM) pada hari Rabu yang lalu.

Kepimpinan YTPS mendoakan kesemua calon-calon SPM dan STPM seluruh tanahair mendapat kejayaan yang cemerlang dalam kedua-dua peperiksaan itu nanti. In Shaa Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..