Jumaat, 21 November 2014

Pemimpin UMNO Jangan Beri Muka Kumpulan Haluan Kanan - @Azwanbro #KataKita #PeremajaanUMNO #PemudaUMNO



Pimpinan tertinggi UMNO diminta tidak memberi lebih perhatian terhadap mana-mana kumpulan politik berhaluan kanan yang mendakwa memperjuangkan lebih kepada kepentingan kaum Melayu.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, ia dilihat ramuan utama kelangsungan parti untuk kekal relevan di negara ini.

Jelasnya, keikhlasan UMNO perlu diterjemah dengan pendekatan lebih sederhana dan tidak berlebih-lebihan kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berhaluan kanan.

"Pemuda mahu dilihat sentiasa progresif dan ingin melihat penyelesaian. Demi penyelesaian untuk memakmurkan negara, saya berpendapat jika kita bersifat terlalu terlalu 'ring wing' ini, ia tidak menjamin UMNO terus bertahan sampai bila-bila.

Jelasnya, pemimpin UMNO harus bersungguh-sungguh dalam mempraktikkan pendekatan kesederhanaan selain mengakui pendekatan haluan kanan tidak memberi tenaga tambahan kepada parti.

Ujarnya, UMNO juga tidak boleh terlampau mengikut suara pendesak Melayu yang boleh memudaratkan parti selain memberi impak ditinggalkan dari segi kemajuan minda ahli-ahli.

Dalam pada itu kata Azwan, pimpinan parti di semua peringkat yang tergolong di dalam kategori senior juga harus mula berfikir untuk membuka jalan kepada pelapis muda dan berundur daripada jawatan sedia.
Azwan yang juga Pengerusi Akademi Kepimpinan Kapten Hussein menganjurkan Forum Terbuka Peremajaan Dalam UMNO - Keperluan, Retorik dan Realiti pada 19 November yang lalu.
Jelasnya, proses peremajaan UMNO dilihat platform terbaik dalam usaha melihat parti sentiasa segar dan diterima setiap lapisan masyarakat.

"Ia perlu dilaksanakan segera dan perancangannya harus melibatkan kepimpinan tertinggi parti sendiri.

"Pimpinan parti akan memberi ruang kepada golongan muda untuk mempelajari bagaimana mentadbir masyarakat dengan cara mereka yang tersendiri dan unik. Baca di SINI.

"Mereka selama ini melihat idea dari segi teori dan peluang memimpin ini akan digunakan sepenuhnya dalam mentadbir parti, komuniti dan negara kelak," katanya.

Seramai 992 perwakilan Pemuda akan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO pada 25 sehingga 29 November ini.
[Astro Awani]

1 ulasan:

  1. Walaupun kita mengamalkan kesederhanaan dalam tindakan dan pentadbiran,namun janganlah sampai terlalu memberi ruang kepada pihak tertentu mengambil kesempatan untuk mengikis hak hak dan ketuanan melayu seperti yang telah termaktub di dalam perlembagaan.Dalam isu pendidikan,isu tanah rizab simpanan melayu dan isu isu lain kita lihat ia semakin merugikan bangsa melayu sedangkan kita tahu bahawa Umno adalah satu satunya parti yang menjadi wadah untuk kita lantang memperjuangkan hak melayu.Tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya.Kita kian hilang keistimewaan dan kepentingan.Justeru saya berharap sangat agar NGO dan puak berhaluan kanan ini diberi ruang untuk terus lantang sebagai pengimbang. Cuma mungkin kita harus mewujudkan garis panduan kepada mereka agar tindak tanduk mereka tidak memberi impak buruk kepada Umno.

    BalasPadam


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..