Ahad, 23 November 2014

#PemudaBN Sedia Tentang Pihak Manipulasi #PerjanjianMalaysia1963 – @Khairykj @Azwanbro @NajibRazak



Pemuda Barisan Nasional (BN) terus komited untuk menegakkan Perjanjian Malaysia 1963 bagi memastikan tiada pihak cuba memanipulasinya khususnya dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak akan datang.

Pengerusi Pemuda BN Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata semua anggotanya akan dilengkapi pemahaman penuh berhubung dengan perjanjian itu.

Ini bagi menangkis cubaan pihak-pihak yang cuba menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat Sabah dan Sarawak, katanya.

“Kita komited kepada perjanjian yang dibuat untuk kita menubuhkan Malaysia… bahawa Malaysia ini ditubuhkan oleh Semenanjung (Tanah Melayu), Sabah dan Sarawak.

“Bukannya Sabah dan Sarawak yang menyertai Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Pemukiman Pemuda BN di Kuching, semalam.


Pemuda BN juga akan meminta Kerajaan Persekutuan meminda peraturan supaya kategori 'Bumiputera Sabah dan Sarawak' dimasukkan dalam borang-borang rasmi menggantikan pilihan 'dan Lain-Lain' atas dasar untuk mengukuhkan lagi perpaduan di antara kaum di negara ini.

Antara resolusi yang dicapai dan dipersetujui oleh semua peserta Retreat Pemuda BN Malaysia 2014 itu adalah;


  • Pemuda BN akan membuktikan bahawa golongan muda BN memahami perkara yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963,
  • Pemuda BN berikrar akan menegakkan segala perjanjian dan persetujuan di bawah tema gagasan Malaysia.
  • Pemuda BN turut menyatakan komitmen untuk menentang habis-habisan usaha “kumpulan pemisah” di antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak ini.


Resolusi itu juga akan dikemukakan kepada pucuk pimpinan tertinggi BN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..