Rabu, 5 November 2014

#PemudaUMNO Bantu Golongan Muda Daftar #RumahTransit1Malaysia @Azwanbro @Khairykj @NajibRazak #Genexter2014


Sempena Karnival Genexter 2014 yang akan berlangsung pada 8 hingga 9 November ini, Pergerakan Pemuda UMNO turut membuka kaunter pendaftaran bagi program Rumah Transit 1Malaysia.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, pembukaan kaunter tersebut merupakan inisiatif Pemuda UMNO bagi membantu generasi muda yang baru mendirikan rumah tangga untuk mendapatkan tempat tinggal dengan kadar sewa berpatutan.

"Bagi melicinkan perjalanan pendaftaran ini, Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dan Pemuda UMNO Selangor akan menjadi Sekretariat Tetap dan dibantu Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan (HELP).

“Kita akan mewujudkan one stop centre sebagai pemudah cara bagi menerima permohonan terbuka dari rakyat Malaysia yang berkelayakan.

Projek Rumah Transit 1Malaysia merupakan satu program kerajaan untuk membantu golongan muda di bawah umur 30 tahun dengan pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 yang baru mendirikan rumahtangga.

Jelas beliau lagi, selain berumur dibawah 30 tahun dan berpendapatan di bawah RM3,000, lain-lain syarat kelayakan yang ditetapkan adalah pemohon serta pasangan mestilah warganegara Malaysia, tidak mempunyai rumah sendiri di Kuala Lumpur, bekerja di Lembah Klang dan tiada rekod jenayah.

Manakala kadar sewa adalah berpatutan iaitu RM250 sebulan dan tempoh penyewaan selama 2 tahun.

"Tempoh dua tahun dilihat sebagai masa munasabah untuk pasangan baru bersedia daripada aspek kewangan. Selepas dua tahun, mereka perlu keluar dari rumah itu kerana ia hanya langkah awal membantu mereka memulakan kehidupan berkeluarga. sebab itulah kita namakan ia rumah transit." katanya lagi.

Notis makluman untuk mengosongkan rumah akan dikeluarkan kepada penyewa dalam tempoh 6 bulan sebelum tamat kontrak sewaan.

"Pemohon tidak dibenarkan sama sekali menyewakan (sub let) rumah transit berkenaan dan kos pindah masuk / keluar adalah tanggungan penyewa.

“Tarikh tutup penyertaan adalah pada 13 November. Bagi mereka yang tidak berkesempatan hadir ke karnival tersebut, mereka boleh membuat permohonan menerusi talian 03-4044 1199,” katanya­ dalam sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, semalam.

Turut sama dalam sidang media tersebut adalah Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Mohd. Razlan Muhammad Rafii, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor Zainuri Dato' Zakaria dan Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin.

Pada sidang media yang sama, Azwan berkata, Pemuda UMNO juga merancang untuk menganjurkan Kongres Perumahan Rakyat pada awal tahun hadapan.

“Kongres itu akan mengumpulkan pihak berkepentingan dalam industri perumahan, belia, ahli akademik dan persatuan kontraktor Melayu bagi mencari kaedah penyelesaian terhadap masalah pemilikan rumah dalam kalangan orang muda,” jelasnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..