Fokus utama penganjuran program tersebut berkait rapat dengan aspek pembelaan, kos sara hidup serta kepentingan masa depan generasi muda yang juga dikenali sebagai Generasi Y (Gen Y) melibatkan mereka tinggal di bandar mahupun desa.
Pemuda UMNO akan turut bekerjasama dengan pelbagai pihak kementerian termasuk agensi kerajaan yang terlibat dalam Bajet 2015.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, antara pengisian hari terbuka tersebut adalah sesi 'Town Hall Meeting' atau perjumpaan awam, Kongres Perumahan Rakyat dan pameran oleh biro-biro pergerakan.
"Kita sasarkan golongan daripada Gen Y untuk hadir pada hari itu nanti, ia akan berlangsung bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang di Dewan Tun Razak 2, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Golongan muda yang hadir pada sesi town hall meeting tersebut akan diberi ruang dan kesempatan untuk menyuarakan sebarang pandangan, saranan serta persoalan kepada pimpinan Pemuda UMNO Malaysia yang akan dipengerusikan sendiri oleh YB Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda merangkap Menteri Belia dan Sukan.
"Kita akan mendengar sendiri pandangan, saranan dan persoalan daripada generasi muda pelbagai kaum dari bandar dan luar bandar terhadap Bajet 2015 dan perkara berkaitan mereka," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Exco Pergerakan Pemuda Umno di PWTC, semalam .
"Sesi itu akan menjadi suara generasi muda untuk kita angkat kepada pucuk pimpinan dan ianya akan menjadi input buat mereka.
"Sebagai badan pelaksana, menjadi tanggungjawab mereka (pucuk pimpinan) memastikan pelaksanaan Bajet 2015 berjalan dengan baik dan segala peruntukan yang berkaitan dengan kepentingan generasi muda dapat dilaksana secara berkesan dan efektif," katanya.
“Selepas Townhall Meeting, kita akan mengadakan kongres perumahan rakyat iaitu satu lagi inisiatif pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang pertama kali diadakan bagi mendengar suara anak muda serta mereka yang terlibat secara langsung dalam sektor perumahan negara seperti syarikat-syarikat kerajaan yang menjadi pemaju hartanah dalam negara kita.
Ini adalah peluang golongan muda untuk bertemu kepimpinan tertinggi Pemuda UMNO untuk mereka menyuarakan pandangan, cadangan serta saranan secara langsung mengenai apa jua perkara terutamanya yang melibatkan kepentingan masa depan golongan berkenaan.
Ia merupakan inisiatif Pemuda bagi membantu generasi muda yang baru mendirikan rumah tangga untuk mendapatkan tempat tinggal dengan kadar sewa berpatutan.
Azwan pernah menganjurkan Town Hall Meeting di Teluk Intan ketika mengetuai Pemuda BN Perak pada Mac 2012. Di SINI. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.