Hari ini, beliau sekali lagi dilihat memuatnaik status twitter mencadangkan agar pihak kerajaan menyediakan anugerah khas kepada mana-mana pemborong, pembekal dan pengeluar yang bersetuju untuk menurunkan barangan keluaran mereka dengan kadar segera.
“Mungkinkah kerajaan perlu buat anugerah khas untuk pembekal, pemborong dan pengeluar agar mereka turunkan harga segera. #degil, ” katanya di twitter milik beliau.
Anugerah khas tersebut menurut Azwan sebagai satu galakan kepada pembekal, pemborong dan pengeluar yang masih berdegil untuk menurunkan harga.
Cadangan yang dikemukakan oleh Azwan ini juga dilihat seiring dengan saranan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar rakyat negara ini berbelanja dan membeli barangan buatan Malaysia.
"Dengan membeli produk buatan Malaysia, kita dapat mengurangkan aliran wang ke luar negara dan pada masa yang sama merangsang pembangunan industri tempatan," kata Perdana Menteri dalam rakaman siaran audio di laman http://www.najibrazak.com, semalam.
Rakaman audio itu boleh diikuti menerusi http://bit.ly/1ESJmp3.
Pihak yang terbabit, khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu meneliti cadangan Azwan yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia ini.
Selain KPDNKK, pihak kerajaan negeri juga boleh memainkan peranan mencari alternatif agar golongan pembekal, pemborong dan pengeluar dapat menurunkan harga bagi membantu meringankan kenaikan kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah.