Sabtu, 5 April 2014

@Azwanbro Kecam @AnwarIbrahim Cemar Usaha Kerajaan #MencariMH370 @NajibRazak @HishammuddinH2O @KhairyKJ #PemudaUMNO

Dalam apa jua isu yang berlaku di dalam negara, pasti akan dipergunakan sepenuhnya oleh Anwar Ibrahim biarpun isu tersebut melibatkan nyawa serta keselamatan negara.

Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun mengecam tindakan Ketua Pembangkang tersebut melalui kemaskini laman twitter beliau semalam.

Beliau berkata, "@AnwarIbrahim is for his political gain instead of helping to gain valuable info for #MH370 SAR (Search And Rescue), he chooses to tarnish government effort."

Azwan yang juga Ahli Mahlis Tertinggi UMNO Malaysia dipercayai memuatnaik status twitter tersebut berikutan kenyataan Anwar Ibrahim yang menyifatkan Kerajaan BN ‘menyembunyikan’ maklumat berkenaan misteri kehilangan pesawat MH370 yang gagal dikesan daripada radar, sejak 8 Mac lalu.
Keratan akhbar 'The Telegraph' yang menyiarkan kenyataan Anwar Ibrahim menuduh kerajaan menyembunyikan maklumat berkaitan MH370.
Dalam temubual dengan akhbar The Telegraph UK, Anwar dipetik sebagai berkata kerajaan mempunyai maklumat yang kritikal untuk semua pihak memahami misteri kehilangan pesawat MH370.

Anwar juga mengkritik kerajaan kerana tidak bertindak cepat pada peringkat awal dengan membiarkan Vietnam dan China menjalan operasi mencari di kawasan yang salah iaitu di Laut China Selatan.

Anwar dalam temubual tersebut juga dilihat cuba menghasut rakyat China apabila berkata, keluarga 153 rakyat China mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat daripada Kerajaan Malaysia berhubung kejadian itu.

Sedangkan kerajaan Malaysia sentiasa menyampaikan maklumat kepada bukan hanya keluarga rakyat China malah setiap keluarga kru dan penumpang MH370 yang terlibat.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku pemangku Menteri Pengangkutan sendiri mengakui bahawa setiap maklumat terkini (yang telah disahkan) berkaitan sebarang penemuan dan perkembangan sentiasa disampaikan kepada keluarga.

Anwar sentiasa cuba memberikan gambaran negatif bagi menimbulkan persepsi buruk masyarakat antarabangsa terhadap usaha negara dan kerajaan dalam menangani kehilangan misteri pesawat Malaysia yang mendapat liputan seluruh dunia ketika ini.

Menurut Azwan, setiap tindakan serta kenyataan Anwar adalah untuk kepentingan politik beliau bukan membantu negara mendapatkan maklumat berharga bagi misi mencari dan menyelamat #MH370.

"Dia memilih untuk mencemarkan usaha Kerajaan," kecam Azwan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..