Bekas Panglima Tentera Udara DiRaja Malaysia Jeneral Tan Sri Suleiman Mahmud. |
Bekas Panglima Tentera Udara Malaysia, Jeneral Tan Sri Suleiman Mahmud tidak menafikan segala kemungkinan yang boleh berlaku selagi pesawat berkenaan tidak ditemui.
Pandangan beliau itu senada dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan pesawat yang hilang sejak 8 mac itu berakhir di Lautan Hindi Selatan.
"Saya tidak rasa ia bermaksud terhempas atau mendarat. Ia hanya bermaksud kami yakin pesawat itu tidak meninggalkan selatan Lautan Hindi. Ia telah terbang ke kawasan itu dan tidak dilihat meninggalkan tempat itu atau menuju ke destinasi lain." kata Suleiman yang berkhidmat sebagai Panglima Tentera Udara dari 2001 hingga 2003.
Beliau yakin pesawat itu berkemungkinan terbang lebih jauh daripada jangkaan sebelum ini.
"Ianya berakhir di Lautan Hindi. Tetapi satu titik kita tidak boleh pastikan itu sebenarnya titik akhirnya. Sebab di titik akhir yang kita nampak itu minyak dia masih banyak lagi dan mungkin boleh terbang beberapa jam selepas itu.
Jadi di mana pergi di mana kita tidak boleh pastikan. Kita hanya dapat menjangka ia menuju ke arah selatan Lautan Hindi." tambah beliau yang mempunyai pengalaman 38 tahun dalam bidang ketenteraan udara.
Berapa lama pesawat itu mampu bertahan selepas berpatah balik daripada laluan asal bergantung kepada bahan api yang dibekalkan dan penggunaan minyak sekiranya tiada masalah teknikal dan pembakaran bahan api seperti biasa.
Biarpun tiada landasan yang ada di tengah Lautan Hindi, namun kawasan daratan terdekat adalah Australia dan juga Sumatra, Indonesia.
:~ Bagi YPS, dalam insiden ini, "Kita umpama seseorang yg bisu namun mata mampu melihat TETAPI tangan dan kaki diikat".
Apa yang terdaya kita lakukan adalah berdoa dan terus berdoa agar Allah SWT tunjukkan kita jalan keluar dengan selamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.