Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadut, mengakui JAJ telah pun menerima laporan daripada lelaki tersebut dan mengarahkan pihak kadi menjalankan siasatan.
"Memang kita ada terima laporan. Bagaimanapun kita bersangka baik dan menunggu hasil laporan daripada JAJ untuk tindakan lanjut," kata Noh dalam laporan tersebut.
Lelaki yang berusia 56 tahun itu mendakwa, tidurnya terganggu akibat bacaan tarhim serta laungan azan Subuh yang kuat di kediamannya di Jalan Perjiranan, Pasir Gudang. Klik SINI.
Tindakan lelaki itu telah tersebar di laman sosial Facebook sehingga mengundang pelbagai reaksi dari pengguna media sosial.
Beberapa sumber mengatakan bahawa lelaki tersebut merupakan ahli seumur hidup PAS, dan sehingga kesaat ini, YPS tidak menerima serta membaca sebarang penafian yang dikeluarkan oleh pihak parti tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.