Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun mengucapkan tahniah atas pelancaran Pelan Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN) yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertempat di Akademi Bolasepak Negara, Gambang pada 10hb April yang lalu.
Azwan yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Perak (PAFA) menyampaikan ucapan tahniah tersebut melalui muatnaik status laman media twitter beliau.
Menurut Azwan, dengan pelancaran PPBN, negara akhirnya memiliki pelan pembangunan bolasepak yang sistematik dan mampan.
"Tahniah, akhirnya negara ada sebuah pelan pembangunan bolasepak #nfdpMalaysia yang sistematik dan mampan. ~ @azwanbro.
Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya berkata, PPBN bukan sahaja merupakan projek Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pendidikan, malah ia merupakan agenda nasional yang perlu dicapai seiring dengan sasaran yang digariskan.
“Kita mahu komitmen semua pihak, ibu bapa galak anak-anak bersukan, guru besar dan pengetua perlu lebih rajin dan minat bersukan.
“Mutu dan kemahiran bola sepak negara takkan meningkat dengan sendiri jika tiada komitmen yang tinggi untuk lihat sukan ini berjaya ke peringkat yang tertinggi.
Datuk Seri Najib pada majlis tersebut mengumumkan nama Akademi Bolasepak Negara dengan nama Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari (AMD).
Selain itu, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan peruntukan RM10 juta untuk menjayakan PPBN.
Secara peribadi, Najib optimis skuad bola sepak negara mampu beraksi di pentas berprestij - Piala Dunia dengan penerapan pelan yang sistematik dan tersusun.
“Cita-cita peribadi saya mahu melihat Malaysia layak ke Piala Dunia, ia bukan sesuatu yang mustahil, boleh jadi kenyataan. Jadi pelancaran PPBN ini adalah tepat pada masanya,” ujarnya.
Pelan Pembangunan Bolasepak Negara merupakan idea Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang optimis ingin melihat bolasepak Malaysia bertaraf dunia. |
Ianya dilihat lebih kepada 'kilang' dalam melahirkan bakat-bakat baharu yang berkeupayaan untuk dipertengahkan pada masa yang akan datang.
"Dengan pengumunan perdana menteri itu, pelan pembangunan bola sepak yang melibatkan kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pendidikan dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjadi salah satu dasar kerajaan yang seharusnya didokong oleh seluruh rakyat Malaysia.
"Dengan pengumuman tambahan peruntukan sebanyak RM10 juta oleh perdana menteri sendiri sudah pasti akan banyak membantu usaha bagi mencapai beberapa sasaran yang telah ditetapkan pada tahun ini," katanya.
Khairy juga berharap dengan adanya program pembangunan fasa kedua nanti lebih ramai bakat-bakat muda di seluruh pelosok negara akan dipilih untuk ditempatkan di Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari di Gambang, Kuantan itu.
"Untuk pembangunan peringkat akar umbi kita juga memilih beberapa sekolah yang telah mempunyai kemudahan yang sedia ada bagi mencungkil bakat-bakat yang berumur di antara tujuh hingga 12 tahun bagi menjayakan usaha ini.
"Mereka ini kemudiannya akan dilatih di akademi-akademi tunas di setiap daerah sebelum diplih untuk menyertai Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari.
Sementara itu, Naib Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata FAM menyambut baik kesungguhan kerajaan mengatur program tersusun bagi mencungkil bakat-bakat baharu di peringkat akar umbi.
"Diharap dengan program ini sukan bola sepak mampu berkembang dengan lebih cepat dan tersusun pada masa hadapan dan FAM sebagai badan induk sukan bola sepak negara akan sentiasa memberi sokongan serta bantuan bagi menjayakan program nasional ini.
Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob serta Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.
Tiada lagi alasan untuk sukan bola sepak negara tidak berkembang dan berdaya saing selepas Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara diisytiharkan sebagai program nasional.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.