Selasa, 25 Februari 2014

@AnwarIbrahim Sepatutnya Sahut Cabaran Debat Zaid Ibrahim - Datuk Johan Aziz


Timbalan Pengarah Pilihanraya DUN Kajang, Datuk Johan Abd Aziz berkata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya menyahut cabaran debat bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim dan tidak perlu berdolak dalik berhubung cabaran tersebut.

Menurut beliau, Anwar sebelum ini begitu lantang membuat cabaran untuk berdebat, namun kelihatan menikus dengan memberikan seribu satu alasan bagi mengelak menyahut cabaran debat yang datang dari bekas ahli partinya sendiri.

“Sebagai pemimpin yang dianggap bertaraf dunia, Anwar tidak sepatutnya mengelak dari cabaran debat Zaid.  Kalau sebelum ini, beliau nampaknya begitu galak mencabar kepimpinan UMNO termasuk Presiden UMNO untuk berdebat, mengapa tidak dengan Zaid.


“Sepatutnya Anwar tidak berdolak dalih dalam isu debat ini. Jika benar PRK Dun Kajang ini tidak ada kepentingan peribadi, maka saya rasa Anwar patut menyahut cabaran ini sebagai satu medan untuk memberi penjelasan apa rasionalnya PRK DUN Kajang ini demi kebaikan masa depan rakyat di negeri ini,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih yakin bahawa Anwar sedaya upaya akan mengelak daripada bertembung dan berdebat dengan Zaid kerana bimbang dilondehkan oleh bekas ahli PKR itu.

“Bagaimanapun, saya tak rasa Anwar akan sahut cabaran debat Zaid. Anwar bimbang, Zaid akan londehkan segala-gala kelemahan dan kepincangan beliau dalam memimpin yang tidak mampu untuk beliau nafikan.

“Apatah lagi, dalam keadaan beliau diselubungi oleh isu-isu perbicaraan liwatnya terhadap Saiful Bukhari, isu keadaan rumah tangga anaknya yang kucar kacir, dan juga isu partinya yang kini semakin susut pengaruhnya akibat ramai pemimpin dan ahli yang sudah mula angkat kaki dan meninggalkan PKR,” ujarnya.

Secara tidak langsung menurut beliau lagi, penolakan Anwar untuk menyahut cabaran Zaid ini juga mempoerlihatkan seolah-olah beliau tidak berani untuk berhadapan dengan Zaid, ekoran bimbang segala pembohongan beliau kepada rakyat Malaysia, khususnya kini DUN Kajang  dibongkar satu persatu oleh Zaid.

“Apa yang jelas bagi saya, taraf pemimpin dunia itu masih lagi jauh buat Anwar. Jika dengan Zaid pun beliau tak berani, macamana mahu diiktiraf sebagai pemimpin bertaraf dunia. Saya gembira juga jika Anwar setuju, kerana debat ini umpama pertemuan buku dengan ruas.

“Kita nak tengok juga sejauh mana Anwar mampu memutar belitkan fakta dan terus-terusan berbohong kepada rakyat apabila satu demi satu pembohongan dan kepincangan beliau didedahkan oleh Zaid di dalam debat itu kelak,” ujarnya. -MediaUMNO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..