Jumaat, 7 Februari 2014

'Saya Mungkin MB Ganti @KhalidIbrahim Selepas #PRKKajang' - @AnwarIbrahim @Tantawi100 #PAS

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan bahawa beliau berkemungkinan bakal menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya beliau menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang bakal berlangsung pada 23 Mac nanti.

Memetik laporan eksklusif Sinar Harian hari ini, calon bagi PRK DUN Kajang itu memberitahu bahawa kemungkinan mengenai perkara tersebut sememangnya ada dan perbincangan akan dilakukan bersama Pakatan Rakyat.

“Kemungkinan itu ada. Kita kena bincang ikut proses Pakatan. Ada urusan berkenaan dengan Tuanku (Sultan Selangor) kerana isu perlembagaan ini bukan hanya naik mahkamah sahaja,” katanya di Ibu Pejabat PKR semalam.

Menurutnya lagi, perbincangan antara rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat adalah demi untuk mendapat satu permuafakatan dan kerjasama terutama dalam pemilihan Menteri Besar.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen dan Ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan bahawa apa jua jawatan termasuk Menteri Besar Selangor adalah suatu jawatan yang bukanlah tetap.

“Ya (ada yang ganti), ia bukan jawatan tetap (Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim). Bukan sahaja berlaku dalam politik, malah dalam dunia sekali pun. Kita tidak akan beri jaminan itu (kekal). (Jawatan menteri besar) itu kita akan bincang cari jalan terbaik,” kata Anwar.

Sementara itu, meski dilihat tidak banyak berdepan masalah untuk memenangi kerusi DUN Kajang, Anwar dan Pakatan Rakyat tidak menganggapnya sebagai mudah untuk menang.

“Saya tetap akan turun bertemu segala pelusuk rakyat dan kali ini saya tampil bukan sebagai Ketua Umum Parti PKR tetapi sebagai calon. Insyaallah, jika saya menang disini saya akan berkhidmat sehabis baik demi orang-orang di Kajang,” katanya.

PRK Kajang terpaksa diadakan berikutan perletakan jawatan mengejut ADUN dari PKR, Lee Chin Cheh kerana mendakwa dirinya tidak mampu berkhidmat secara berkesan sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut.

Anwar Ibrahim yang sebelum ini menafikan bahawa beliau akan mengambil alih jawatan menteri besar dan menyatakan bahawa Khalid akan terus kekal mentadbir negeri Selangor kemudiannya diumumkan sebagai calon bagi PRK DUN Kajang pada 28 Januari lalu.

Tindakan tersebut mengukuhkan lagi dakwaan perletakan jawatan Chin Cheh hanyalah sebagai strategi untuk membawa Anwar menerajui negeri Selangor dan mengambil alih jawatan Khalid yang sebelum ini dilaporkan tidak mahu menerima Timbalan Presiden PKR yang juga Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Selangor dan Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali sebagai penggantinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..