Selasa, 25 Februari 2014

#PRKKajang: #PemudaUMNO Akan Bongkar Kepincangan Kerajaan Selangor @Azwanbro @NajibRazak

Barisan Nasional (BN) sebagai pembangkang di Selangor perlu memberi kesedaran kepada pengundi mengenai kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan isu-isu berkaitan kepentingan rakyat, kata Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun.

Khairul Azwan berkata Pemuda UMNO akan bertindak sebagai ejen membongkar kepincangan pentadbiran kerajaan Selangor pimpinan PKR menjelang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang 23 Mac depan.

"Jadi bila masuk (bertanding) sebagai pembangkang, kita kena cari kalau ada masalah rakyat atau komuniti...kita kena beritahu ini kerajaan Selangor kena betulkan.

"Bukan masuk, kita pula nak betulkan permasalahan tersebut...itu peranan Pemuda," katanya pada sidang mediai di pejabatnya di Menara Dato' Onn di sini, Selasa.

Mengulas lanjut Khairul Azwan berkata, dalam usaha mendekati pengundi di DUN berkenaan, Pemuda UMNO sudah menggerakkan jenteranya.

Katanya jentera Pemuda UMNO juga giat mendekati pengundi dan menyampaikan maklumat menerusi media sosial, selain mengambil pendekatan mengadakan pertemuan secara peribadi dan berkelompok.

"Kita masuk gelanggang sebagai pembangkang, kita 'underdog'. Jadi jentera pemuda juga masuk sebagai pembangkang.

"Semangat kita berkobar-kobar untuk menang. Kita datang dengan mentaliti untuk menang," katanya.

PRK DUN Kajang diadakan berikutan perletakan jawatan secara mengejut penyandangnya, Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Januari lepas.

Pada pilihan raya itu nanti, BN menamakan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon manakala PKR meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempertahankan kerusi tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..