Pada MCA, kerusi tersebut adalah milik bapaknya. Formula Barisan Nasional (BN) mesti dipatuhi. Jika tidak, mereka akan bertindak balas, boikot.
Peliknya, bila kena pada mereka, mesti ikut formula. Bila kena pada kita, tidak ada formula. Bukankah perlembagaan negara itu bapak segala formula? Kenapa tidak mahu ikut?
Masih ingat kerusi Parlimen Wangsa Maju PRU 2013? Bila calon Umno diletakkan di sana, maka MCA boikot.
Banyak cantik muka MCA! Cermin diri dahulu. Saya tidak pernah hairan dengan boikot MCA, kerana ahli MCA sendiri belum tentu menyokong Umno.
Persoalan saya, siapakah calon MCA paling layak untuk menentang pemimpin nombor 1 PKR itu?
Jika tidak ada, duduk rumah diam-diam. Serahkan kepada pucuk pimpinan BN untuk menentukannya.
Jika adapun calon MCA, cari yang Cina Muslim, baharu boleh mengetuk pintu hati pengundi Melayu.
Ingat! Majoriti pengundi di situ adalah Melayu, 48%, Cina 41%, India 10%. Pada tahun 2013, PKR menang dengan majoriti 6,824. Tahun 2008 - 3,268, tahun 2004 - 2,773.
Maknanya, selama 10 tahun ini, MCA tidak pernah menang. Bayangkan jika kawasan itu majoriti Cina. Lagi putih mata. Jadi, muhasabah dirilah MCA.
Selama ini pun MCA tidak pernah kuat. MCA mendapat sokongan dan menang di kawasan majoriti Melayu sahaja. Peliknya, kenapa MCA begitu yakin dapat menawan Dun Kajang.
Sepanjang kajian, majoriti pengundi Cina menyokong parti ultra kiasu. Justeru, amat sukar diterima, apabila MCA begitu bersungguh-sungguh untuk bertanding, seolah-olah tidak tahu malu.
Sangat kelakar lagi, pemuda MCA menempelak kenyataan Pemuda Umno melalui kenyataan bahawa kerusi tersebut tidak semestinya ditandingi MCA.
Pada saya, kenyataan pemuda Umno itu ada justifikasinya. Kita semua tahu, trend pengundian di negara kita bersifat perkauman.
Saya amat yakin jika MCA bertanding, majoriti undinya akan menjadi lebih kecil kerana sudah tentu pengundi Melayu dahulunya menyokong MCA tidak akan mengundi MCA lagi kerana mereka sudah ada calon pilihan lain berbangsa Melayu.
Jika calon Melayu diletakkan, sudah tentu Melayu tidak begitu menyampah. Bukan apa, untuk BN menang jauh sekali.
Tetapi sekurang-kurangnya menurun majoriti PKR yang terlalu bongkak itu.
Lagipun, jika MCA bertanding, saya tidak nampak pengundi Cina akan menyokongnya. Paling tidak, dapat juga dialihkan undi Melayu. Baru agak mudah untuk kita menganalisa sejauh mana Melayu mengundi Pakatan Rakyat.
Ingatlah pengundi Melayu sedang marah kepada MCA hari ini. MCA seolah-olah sama sahaja seperti ultra kiasu.
Apatah lagi mereka senyap sepi dalam isu guru mualaf di SJKC Nan Ya, Kota Tinggi.
Begitu juga isu gantung loceng di dada murid-murid Islam di SJKC Khai Meng, Sungkai. Perjuangan chauvinis MCA seolah-olah tiada bezanya dengan ultra kaisu, meskipun mendakwa memperjuangkan semua kaum.
Jika benar-benar MCA mahu mengikut formula dalam BN, mudah sahaja.
Bertandinglah di kawasan majoriti Cina. Kawasan majoriti Melayu lepaskan kepada orang Melayu. Kenapa kawasan Melayu juga mahu direbut? Pemimpin Cina Parlimen Ayer Hitam, Johor, mesti boleh jawab.
Ingatlah, setiap kali berlaku pilihan raya sama ada PRU atau pilihan raya kecil (PRK), ia melibatkan belanja besar. Takkanlah kita hendak habiskan duit begitu sahaja!
Banyak lagi perkara boleh dilaksanakan. Apatah lagi jika kita yakin tidak boleh menang.
Cadangan saya, jika MCA masih terus berkeras, lebih baik BN tidak perlu bertanding langsung. Biarkan MCA terkontang-kanting seorang diri. BN boleh bantu, tetapi biarkan MCA keluarkan semua perbelanjaannya.
Parti komponen BN yang lain perlu belajar dan bantu secara sukarela tanpa diberi imbuhan seperti mana dilakukan oleh Pas selama ini.
Kejayaan Pas adalah kerana ahli parti mereka bekerja dengan tidak mengharapkan imbuhan, melainkan imbuhan 'pahala' sahaja.
Di sinilah kekuatan Pas. Jika ini boleh dilakukan, kalah pun berbaloi. Kita mahu tengok MCA benar-benar ada gigi ke tidak atau sekadar gigi palsu.
■ Prof Madya Ridhuan Tee Abdullah @ Tee Chuan Seng.
Pendidikan
•Sarjana Muda Sastera (Political Science and History), Universiti Kebangsaan Malaysia
•Sarjana Muda Sastera (Sains Politik) Kepujian, Universiti Kebangsaan Malaysia
•Sarjana Sastera (Strategic Studies), Universiti Kebangsaan Malaysia
•Doktor Falsafah (Politics and Government), Universiti Putra Malaysia
•Diploma (Islamic Studies), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.