Sabtu, 15 Februari 2014

#PAS Perlu Tuntut Hak Kerusi Menteri Besar Selangor - Datuk Dr Samsul #UKM

Pas perlu bersuara dengan lebih lantang bagi menuntut hak mereka dalam merebut kembali kerusi Menteri Besar Selangor yang kini dipegang PKR.

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, Pas berhak untuk meletakkan calon mereka berdasarkan majoriti yang dimiliki dalam barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

“Walaupun sudah ada suara yang kedengaran, namun desakan itu perlu dibuat dengan lebih hebat bagi membolehkan satu jaminan diberikan.

“Dalam politik bukan hanya untuk menjadikan seseorang itu berjaya jadi wakil rakyat atau Adun sahaja, lebih daripada itu. Dengan kelebihan yang ada, Pas boleh memimpin Selangor,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, sudah tiba masanya Pas membincangkan senarai calon menteri besar mereka apabila sudah ada desas desus bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan digugurkan daripada kerusinya kini.

“Jangan terlalu ikutkan kata (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, kerana mereka memang berhak.

“Walaupun DAP juga mempunyai bilangan kerusi terbanyak, namun undang-undang tubuh negeri hanya membenarkan pemimpin utama negeri itu daripada Melayu-Islam,” katanya.

Menurut Dr Samsul, Pas juga mempunyai calon-calon yang layak untuk memimpin negeri itu.

“Exco-exco Pas juga terdiri daripada orang profesional. Pemimpin lama dalam Pas Selangor punya peluang untuk pimpin negeri ini.

“Daripada 15 exco itu ada beberapa nama yang layak dan berwibawa untuk diketengahkan,” katanya.

- SINAR HARIAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..