Sabtu, 8 Februari 2014

#MLM2013: Lawak Satay & Penjara, #SEPAHTU Jelas Hina @AnwarIbrahim! - Blog NegaraPakatanRakyat @datoacmizal


Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013 peringkat akhir yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam semalam menyaksikan persembahan 5 perserta MLM yang berjaya memasuki pertandingan akhir.

Anugerah Juara MLM 3013 menjadi milik kumpulan Sepahtu yang dianggotai oleh Jep, Shuib dan Rahim R2 setelah berjaya mendapat undian sms tertinggi daripada peminat mereka dan membawa pulang hadiah sebanyak RM500K beserta trofi.

Naib Juara dimenangi oleh kumpulan Shiro yang berjaya meraih hadiah berjumlah RM250K dan trofi, disusuli kumpulan BOCEY yang memenangi RM150K serta trofi bagi tempat ketiga.

BOCEY yang menjadi pilihan utama peminat MLM khususnya pembaca Harian Metro berjaya mengalahkan Kumpulan Jambu yang mendapat tempat ke 4 dan pelawak solo Nabil tempat ke 5.

Namun, kemenangan Sepahtu tidak disenangi oleh beberapa pengguna media sosial yang memuatnaik status ke facebook dan twitter sejurus keputusan undian diumumkan. 

Mereka merasakan Sepahtu tidak bersungguh-sungguh serta sambil lewa dalam mempersembahkan lawak serta bakat mereka.

Selain pengguna facebook dan twitter, pemilik blog negarapakatanrakyat.com turut mengkritik kumpulan Sepahtu kerana mempersembahkan lawak Satay dan Penjara seolah-olah mempersendakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

"Dari mata kasar, nampak jelas dakwaan itu ada kebenaran dan dengan ini aku meminta semua penyokong Pakatan Rakyat yang mungkin sedang menonton rancangan tersebut agar tidak mengundi kumpulan lawak bodoh ini kerana jelas mereka kurang ajar dengan Anwar " - blog negarapakatanrakyat.
Seperti biasa, mereka turut mengaitkan persembahan Sepahtu itu sebagai salah satu dari propaganda UMNO/BN memandangkan Anwar Ibrahim telah dipilih oleh PKR untuk menjadi calon mereka pada Pilihanraya Kecil DUN N25 Kajang yang akan berlangsung Mac nanti.

Nak tahu lebih lanjut, baca di SINI.

Hahaha. Tak pasal-pasal UMNO menjadi mangsa mereka.

Tapi... tapi... sejujurnya YPS pun tidak berpuashati apabila Bocey sekadar mendapat tempat ketiga. 

Walaupun kumpulan baru, tapi jelas sepanjang minggu mereka menampilkan kesungguhan dalam pertandingan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..