Rabu, 5 Februari 2014

PRK N25 #DUNKajang Ditetapkan Pada 23 Mac, Penamaan Calon 11 Mac - Pengerusi SPR


Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang akan diadakan pada 23 Mac 2014 manakala hari penamaan calon ditetapkan 11 Mac.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata daftar pemilih itu mengandungi 39,208 pemilih berdaftar.

Beliau berkata seramai 637 petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses pilihan raya ini.

SPR juga memaklumkan bahawa kos perbelanjaan bagi menjalankan pilihan raya kecil Kajang ini adalah sebanyak RM 1.6 juta.

Sebelum itu, Abdul Aziz mempengerusikan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN N25 Kajang.

Ini merupakan pilihan raya kecil ketiga selepas PRU-13 dengan yang pertama pilihan raya kecil DUN Kuala Besut diadakan pada 24 Julai manakala pilihan raya kecil DUN Sungai diadakan pada 4 Nov lepas.

Abdul Aziz berkata SPR yang bermesyuarat hari ini bersetuju untuk melantik seorang sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan tiga orang Penolong Pegawai Pengurus bagi menjalankan pilihan raya kecil berkenaan.

Mengenai penggunaan dakwat kekal, Abdul Aziz berkata jenis dakwat dan cara penggunaan adalah sama seperti pada pilihan raya kecil Kuala Besut dan Sungai Limau kerana itu adalah undang-undangnya.

Menurut Abdul Aziz lagi, tarikh keluar rit adalah pada 5 Februari, manakala notis pilihan raya ialah pada 6 Februari.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas Adun kawasan itu, Lee Chin Cheh dari PKR (PKR) meletak jawatan secara tiba-tiba pada 27 Januari lepas.

Pakatan Rakyat telah menamakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon mereka untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..