Seramai hampir 300 orang sukarelawan telah mendaftarkan diri pada majlis yang bermula sekitar jam 5.00 petang itu.
Mereka yang hadir mendaftarkan diri berumur antara 18 hingga 40 tahun yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan tidak tertakluk menjadi ahli parti politik yang ada dalam BN.
Azwan, yang hadir merasmikan pelancaran tersebut berkata, Barisan Nasional mengalu-alukan penyertaan golongan muda yang berminat melibatkan diri dalam arena politik tanahair.
"BNYV merupakan platform terbaik bagi golongan muda untuk bergiat secara aktif disamping menjalinkan hubungan dan bertukar-tukar pandangan dengan rakan-rakan penyokong BN di seluruh negara.
Menurut Azwan yang sebelum ini merupakan Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Sukarelawan Muda BN Perak pada PRU ke 13 Mei tahun lalu telah memainkan peranan turun kesetiap pelusuk bumi Perak, berceramah dan mengadakan pelbagai aktiviti bersama Jentera Gerak Gempur Pemuda BN Negeri bagi memenangi hati pengundi.
Selain itu, BNYV turut mendapat pengiktifan serta pujian olèh YB Menteri Belia Dan Sukan, Saudara Khairy Jamaludin yang juga merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kerana komited membantu kejayaan BN pada PRU ke 13 yang lalu.
"Saya yakin dengan sambutan dan sokongan dari golongan belia, BN mampu menjadi jenama bagi komuniti melalui inisiatif #BNYV", kata Azwan pada Sidang Media yang diadakan selepas pelancaran tersebut.
Hadir sama, Ketua Pemuda Kedah, Datuk Shaiful Hazizy serta seluruh Ketua Pemuda Bahagian Negeri Kedah yang lain.
Lagi foto sekitar majlis tersebut, klik di SINI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.