Isnin, 3 Februari 2014

Trafik Perlahan, Sesak Menuju Ibu Negara, Hati Hati Memandu @plustrafik @LLMinfotrafik

Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) menghala ke ibu negara dilaporkan mula perlahan dan sesak tengah hari ini ketika orang ramai pulang susulan cuti sambutan Tahun Baharu Cina dan Hari Wilayah.
Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Berhad ketika dihubungi Bernama berkata keadaan itu dijangka berterusan sehingga malam Isnin.
Menurutnya, kesesakan lalu lintas berlaku di laluan Port Dickson ke Hentian Rehat & Rawat (R&R) Seremban, sebelum Tol Juru menuju ke Tambun, Kuala Kangsar ke R&R Sungai Perak, dan dari Ipoh ke Simpang Pulai.
Lokasi lain ialah sebelum masuk Terowong Menora ke Ipoh, Gopeng ke Tapah, Bidor ke Slim River dan dari Rawang ke Rawang Selatan.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan trafik sesak dan perlahan di Port Dickson menghala ke Nilai, dari Tol Juru ke Bukit Tambun dan sekitar Tol Gombak/Tol Bentong menghala ke ibu negara.
Selain itu, beliau berkata beberapa kemalangan yang berlaku di lebuh raya turut menyumbang kepada kesesakan trafik.
Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan talian LLM 1800-88-7752 atau melayari akaun Twitter @Plustrafik atau @LLM. -BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..