Rabu, 5 Februari 2014

SPR Perjelaskan Kenapa #PRKKajang Lambat

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memaklumkan bahawa pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang diadakan 'lambat' adalah kerana banyak persediaan perlu dilakukan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata pihaknya tidak menjangka langsung akan adanya pilihan raya kecil ini dan menurutnya untuk mengadakan pilihan raya kecil bukanlah satu perkara yang mudah.

“Kita banyak persediaan. SPR tidak menjangka langsung ada pilihan raya kecil ini. Kita menumpukan perhatian kita kepada urusan-urusan yang lain di bawah tanggungjawab SPR.

"Tetapi apabila ada pengumuman yang tidak disangka-sangka ada wakil rakyat yang meletak jawatan, kita kena ubah 'gear' dan buat persediaan," katanya dalam satu sidang media hari ini di pejabat SPR.

Jelas Abdul Aziz, persiapan yang perlu dilakukan termasuk menyediakan daftar pemilih yang lengkap dan bersih, tempat mengundi yang baik, tempat penamaan calon yang baik dan juga pusat pengiraan undi yang baik.

Selain itu, katanya pemilik bangunan juga perlu bersetuju untuk premisnya dipakai oleh SPR.

Katanya SPR tidak mahu terburu-buru dalam menjalankan pilihan raya kecil, atas kebimbangan akan berulangnya kesilapan dalam proses pilihan raya yang pernah berlaku sebelum ini.

"Dan begitu juga latihan, kita tidak mahu kesilapan seperti mengisi Borang 13 dan Borang 14... kita perlu mengadakan latihan yang lengkap yang cukup.

“Jadi kita tidak mahu terburu-buru supaya tidak berlaku kesilapan... dan tarikhnya tidaklah terlalu lewat atau terlalu awal," kata Abdul Aziz.

Bagaimanapun, kata beliau tempoh yang diambil SPR masih dalam garis masa yang ditetapkan undang-undang, iaitu 60 hari selepas wakil rakyat tersebut meletakkan jawatan.

Katanya lagi, pihaknya juga perlu menguruskan dakwat kekal yang perlu diperoleh dari luar negara serta perlu diuruskan untuk dibawa balik yang mana proses itu juga memerlukan masa.

Abdul Aziz berkata demikian ketika ditanya pemberita mengapa SPR mengambil masa yang sangat lama bagi mengadakan pilihan raya DUN Kajang itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..